Popular Posts

Monday, September 6, 2021

Kisah Covid-19

 Salam semua

Lama dah tgglkan blog ini..macam-macam berlaku dalam kehidupan selepas 2020.Covid 19 menjadi satu Pandemik bermula daripada akhir tahun 2019. Di Malaysia ianya menular bermula awal 2020. Malaysia seingat saya MCO yang pertama pada 18 Mac, 2020. Memang satu tarikh keramat yang membezakan amalan norma kehidupan yang baru

- pemakaian pelitup muka 'Mask' yang hanya pada kebiasaannya di pakai oleh Petugas kesihatan

- penjarakan sosial 1 meter dan di mana-mana premis ada saja pelkat Hitam/Kuning atau merah/putih bagi mengawal perjarakan tersebut

- semua mula mencuci tangan lebih daripada 3 saat.

Rasa memang meyusahkan , namun secara perlahan-lahan kami mula terbiasa dengan perkara yang luar biasa. 



Mula-mula pakai yang Medical. Lama kelamaan beli pula yang ada design. Daripada sekeping Mask harga 50 sen menjadi semahal RM10.00-RM25.00. Ini kerana setipa hari bila keluar kena pakai Mask dan menjadi Alien bila tak pakai.



Bermula episod baru dlm kehodupan...

Monday, July 6, 2020

6 July, 2020

  • 2 tahun tak menjenguk blog ini..
Technology mengubah keadaan..Facebook, IG lebih pantas..
Aiman.. telah menginjak dewasa dan telah berumur 13 tahun sekarang. Banyak perkara berlaku. Mama doa setiap waktu agar Aiman berjaya menjadi insan yang baik dunia dan akhirat


Tuesday, April 3, 2018

3 April, 2018

Tiba-tiba malam ini mengingatkan Mama dengan Blog yang mama tinggalkan sejak sekian lama..

Aiman sudah 11 tahun kini..
Kesempatan menyambut harijadi seperti yang dihajatinya sungguh memuaskan hati seorang ibu.
Tidak kira sekecil mana.
Prinsipnya "Is the thought that count"

"Ala, Puan sudah ada kek ni pun jadi, mesti Aiman gembira", balas Cikgunya ketika kek yang dipesan Aiman sampai ke tangannya.

Aiman, bila di tanya nak kek bagaimana? Dia teringin kek OREO cheese. nak makan dengan kawan-kawan, katanya.

Minggu ini kebetulan sibuk sedikit. Berkejar ke hospital hampir setiap minggu.
Kesihatan tidak mengizinkan Mama untuk bergegas-gegas.

Namun berserah apa yang diizinkan oleh NYA. Kadang-kadang perlu begitu.. bisik hati kecil ini.
Ya Allah, Engkau sebaik-baik Perancang yang menentukan segalanya.
Mama masih punya tugas untuk melihat Aiman jadi seorang anak yang baik.
Muga Allah sentiasa memeliharamu anakku.

Selamat Hari Lahir ke 11th untuk tahun ini


7 Tahun, Mengimbau 5 tahun dulu
Hadiah Birthday - rezeki dapat bermalam di LEGOLAND

Umur Aiman ketika ini...



Sunday, July 24, 2016

Rumah Baru - IMPIAN MAMA

Assalamualaikum wbrt

Aiman dan Mama dah berpindah 6 bulan yang lalu..

JENG-jeng.......
Sudut Galeri Mama...Mama bgtau Sudut ni yg paling Mama suka sekali..
Sudut Menonton...
Ni...dapur Mama...

Ni Ruang Tamu...  
Alhamdulillah...Mama bgtau amat bersyukur ...akhirnya Teratak kami siap juga...
Muga Rumah ini sentiasa diberkati..

Aiman juga doakan utk Mama dan Baba yg kuat berkerja....

END

2016- Menjenguk kembali Dairi yg lama di tinggalkan

24 July, 2016

Macam-macam berlaku sepanjang 1 tahun Mamaaiman tidak menulis..

a) Aiman - Umur sekarang telah meningkat dari tahun ke tahun..
b) Rumah Idaman - telah menjadi Rumah yang kutinggalkan.. Mamaaiman telah bergerak ke Fasa yang baru..Rumah yang di tunggu telah siap dan telah berpindah ke rumah baru
c) Mamaaiman telah lulus ujian professionalnya...

Kesemua kurniaan tuhan yang ada kepayahan disebaliknya penuh dengan hikmah..
Hanya Yg Maha Esa yang menentukan..

Mamaaiman akan sambung lagi menulis..

InsyaAllah..

Muga Kalian sudi membaca sambil mengambil pengajaran...

End 


Saturday, May 30, 2015

RAMADHAN KIAN MENJELANG...

"Aiman, tahun ni Aiman akan berpuasa di Darul Hufaz, sahur dan berbuka bersama kawan-kawan", langkah ku memulakan bicara.. Dalam diam Mama cuba mengajar sesuatu tentang kehidupan yang akan di laluinya walaupun agak nampak keterlaluan..

Doa dan harapan Mama agar Aiman akan tahu bahawa satu hari nanti Aiman akan menguruskan kehidupan ini bersendirian..

Mengelamun lagi...Tahun lepas Aiman darjah 1, Aiman kata dia dapat 27 hari puasa..agaknya lah kot...sebab Mama pun sibuk juga rasanya..

Tahun ini..kita cuba baiki ye nak..Muga Allah sentiasa bersama kita dan sentiasa memberi kekuatan pada kita..InsyaAllah

Aamiin..


Saturday, March 28, 2015

27 Mac, 2015

Aiman potong kek

Mama nak juga dgn Aiman

Dengan QIMI
We are all..Aiman dan 2 lagi Sahabat...
Tanggal 27hb Mac, 2015, iaitu semlm adalah genap 8 tahun kelahiran Aiman...Masih ingat dan terngiang suara tangisan Anakku ketika kamu di lahirkan di dunia ini...masih tergambar ketika dikau di azankan oleh Ayah Cikmu......

Anakku....kehadiranmu sangat istimewa di hati Mama...
Bersamamu Nak..banyak meninggalkan kenangan yang amat sukar di tafsirkan..
Sekecil kamu..Mama mengolah supaya menjadi Insan yang berguna...

Anakku.... Tiada ayat yang dapat dinukilkan...
Kita bersama Nak..melalui susah senang..hingga kau menjadi kian dewasa...
Tetapi setiap teka teki itu Mama simpan..

Mama sentiasa mendoakan agar Aiman menjadi anak yang soleh, anak isi syurga, anak yang terbaik buat agama, bangsa dan negara..

Ya..Mamapun tahu setiap ibubapa menginginkan begitu...
Tidak terkecuali Mama... 
Sering Mama titip buatmu...di setiap solatku, tidurku dan bangunku...
agar anak Mama yang satu ini dipelihara..berbudi pekerti yang mulia...

Namun siapa Mama untuk menentukan semua itu...
Mama hanya mampu mencorak kain yang putih ini menjadi rona warna yang terbaik...
8 tahun bukan satu masa yang singkat..bukan juga satu masa yang terlalu lama..

Ia banyak sedikit sebanyak mendewasakanmu Anakku...
Walau setiap detik...dan saat...

Hari semalam Mama masih lagi berkuderat...Mama masih lagi boleh menghirup udara pagi... mengayuh langkah...sebagaimana tahun-tahun lalu...mengembirakan mu..
di hari lahir mu...

Esok lusa...Mama tidak pasti..
Harapan dan doa Mama ...AIMAN menjadi seorg Murabbi yang berbakti kepada agamamu...InsyaAllah..

Tiada yang lebih berharga kecuali Segugus bacaan ALFATIHAH untuk Mama pada setiap waktu solatmu...pada ketika Mama tiada di sisimu..

Coretan buatmu ..Anakku
27 Mac, 2015

Birthday Kek Aiman