Alhamdulillah melalui kursus yg memberi sedikit sebanyak pelajaran yg bukan baru tetapi sbg bekalan di Tanah Suci kelak...
Mengikut Jadual asal kami di jadualkan berangkat pd 26 Mei, 2012 - 7 June, 2012; hari pertama cuti sekolah dgn penerbangan Air Asia; Namun telah ditakdirkan ada kelewatan pada tarikh tersebut menjadikan tarikh baru iaitu 5 June, 2012 -14 June, 2012:
Setiap UMRAH yang akan dilalui mempunyai bab-bab yang penuh cabaran, dugaan kecekalan, keceriaan, pengiktibaran dsbnya .Sudah semestinya kita memasang niat menghendaki UMRAH yang mabrur dan diterima diangkat oleh ALLAH bagi memberatkan timbangan AMAL kita di akhirat kelak. Wallahu aklam
Ia tidak terkecuali KAMI......
Hari Perlepasan 5 June, 2012
Sekitar jam 7.00pg kami berkumpul di LCCT; kami di jadual berlepas dgn penerbangan AIR ASIA terus ke JEDDAH pada kira-kira jam 11.00pg;
Di kaunter tiket dan Bagasi bg mendapatkan tiket |
Alhamdulillah; Tiket, Visa dan Pasport telah tersedia menandakan kami telah ada ruang utk memulakan perjalanan ... |
Anak kecil ini menurut ; bersedia utk berlepas; walaupun lebih kurang tidak berapa mengerti perjalanan ini; |
Inilah barang kami ; Beg Baju 2 dan Stroller utk stand by Aiman. |
Doakan kami ....'Ya Allah, Permudahkan perjalanan kami pergi dan balik; anugerahkan kami kesihatan dan mendapat UMRAH yg MABRUR' AMIN |
Kami menghadiri taklimat terakhir sebelum berlepas ... sambil DOA Musafir di mulakan ; 'Ya Allah semuga perjalanan kami diberkati dan diredhai.' AMIN |
T 15; Balai Perlepasan bagi menaiki AIR ASIA. |
'Mama, kita nak pergi Mekahkan Ma'; jauh ke?; selalunya Mama akan membalas; 'Jauh Nak; Aiman tido, bangun, tido bangun belum sampai; 8jam 30 minit Nak; terkebil2 anak ini; macam faham tapi tak faham.....tak mengapa; satu pengalaman yg berharga utknya.
hah didalam pesawat.. |
Tenang ..... kami memulakan perjalanan ; SURAH-SURAH ayat suci AL Qur'an diperdengarkan sepanjang perjalanan kami ke JEDDAH.. Alhamdulillah |
SEMUGA PERJALANAN INI DIBERKATI..AMIN
END for 5 June, 2012
No comments:
Post a Comment