Popular Posts

Monday, October 31, 2011

Kisah Teladan - TANAH HARAM


Banyak kisah teladan di dalam Buku ini, baca dan manafaatkan,.. 
terutama bagi bakal haji dan hajah ; (KISAH ANIH & IKTIBAR DARI MEKAH)

Sesungguhnya kehidupan kita ini sentiasa dihitung walaupun sebesar zarah.. tidak di dunia di beri pembalasan di akhirat tempat kita di hitung.

Ya Allah. terasa banyaknya dosa yang telah hambaMU ini lakukan, maka ampunkan kami. ENGKAU bersifat pengasih penyayang. Sentiasa memberikan segala pertolongan dan kurniaan yang tidak terhitung dengan segala bentuk macam nikmat.

Dunia nampak nikmat didepan mata tetapi belum tentunya bahagia jaminan kelak.

Semuga kami dalam golongan yang sentiasa mendapat petunjuk dan diampunkan segala dosa.

AMIN

END

Mari mewarna......

Alhamdulillah, Aiman telah pandai mewarna. Selalunya memang begitu susah untuk dia mewarna. 

 Step 1 : Mula nak mewarna.....Senyum pulak dia

 Step 2- Dah pandai pilih warna.. dan dah bersih dia mewarna...

Jom tengok dia mewarna....dah hampir siap.

Akhirnya jadilah gambar sebiji buah durian yang lengkap...bukan main suka lagi dia....

Sejak dibelikan Colour Pensil, semua buku dia dah mula nak mewarna..

END

Sunday, October 30, 2011

Bola Liga Malaysia 2011

Semalam Aiman dan Mama tengok bola ; teringat tahun 2010; Aiman dan Mama di Green Avenue, Bukit Jalil; N9 dgn Kelantan; gegak gempita stadium bukit jalil; bila tinjau dr tingkap rumah kami di tingkat 14;

TAHUN 2011;Sekali lagi , tapi Aiman dan Mama tgk di Bandar Baru Salak Tinggi.

Pendapat Mama;

Satu permainan yg bagus bg keduanya ; Tahniah bg N9 ; JUARA kali ini. TERENGGANU nmpk matang tidak hanya bersemangat kenegerian.

Walaubagaimanapun, sukan merupakan satu aktiviti yg bagus sekiranya boleh diseimbangkan. Muga kita tidak lalai dengannya

END

Friday, October 28, 2011

Sabar itu Indah


Hari nih...MAMA aiman...masih batuk ; dah seminggu. Ini dugaan tuhan.

Ubat.... dah habis, batuk masih ada. Klinik Shifa' lagi. "Awak ni, saya kena bagi nebulizer.Dalam hati, Ya Allah, teruk ke?.Mengurut dada sambil mengharapkan Allah memberi kesabaran.

Memang rasa siksa juga sebab dah seminggu tidur tidak lagi senikmat dulu sebab bunyi dari nafas yang mengganggu. Satu demi satu ujian tuhan.

Begitulah lumrah Alam. Kalau difikirkan makanan taklah makan apa yang nak. Makan agak di kawal sebab tak nak masalah kesihatan menjadi menyebab kepada semua aktiviti yang indah tidak dapat dilakukan.

Tetapi begitulah sebenar ketentuanNya. Bagaimana kita nak tahu.

BERSABAR ITU INDAH. Kerana kita semua milikNYA dan DIA berhak menentukan segalanya.

END

Thursday, October 27, 2011

Musim Haji 1432 /2011


Salam semuanya,

Lamanya rasanya tidak kembali aktif di BLOG ini, walaupun banyak peristiwa berlaku dalam masa beberapa bulan ini.Kekangan waktu dengan urusan dunia yang tak habis-habis di meja, di rumah dan urusan personal.

Alhamdulillah, entri yang berikutnya untuk November, 2011 akan lebih menarik dan lebih aktif.

Bulan Sept/Okt, menyaksikan bulan bagi menghantar sanak saudara, teman , rakan taulan malah ada yang di jemput sebagai tetamu Allah.Kepada bakal Haji dan Hajjah di seluruh Malaysia, semuga mendapat Haji yang Mabrur. Permudahkan semuanya, sihat pergi dan balik.

Semuga bertemu di waktu mendatang.