Popular Posts

Sunday, February 19, 2012

Bagan Lalang..18 Februari, 2012

...Aiman, jom kita pergi BAGAN LALANG esok..., " Aiman tahu Bagan Lalang adalah salah satu tempat yang sering dikunjungi Aiman dan Mama, semenjak kami tinggal di Sepang; Jarak perjalanan hanya kira-kira 40 Minit; Mama akan ke sana bagi merehatkan badan ;


Suasana di Bagan Lalang dari hari ke hari ada perubahan walaupun bukanlah yang terbaik; mengekalkan alam semulajadi seperti pantai, beberapa restoran makanan laut yang tidak kurang sedapnya.


Pada Sept, 2011, kami Bagang Lalang Palm Gold Coast, Sepang..yang berkongsi pantai Bagan Lalang... kami bertolak jam 10pg dan sampai kira-kira jam 10.40pg...




.. inilah hasil setelah 15 minit;Mama dan bibik... mendirikan khemah..
Mama  cakap boleh duduk2..
Di sini, tempat untuk mendirikan khemah masih lagi terpulang kepada masing-masing; luas sekiranya cuti sekolah memang akan penuh. Selain daripada itu terdapat juga beberapa kemudahan lain seperti kemudahan 
 a)  Bilik air dan bilik mandi; ada 2 tempat di awal masuk pantai dan di hujung pantai; ...harganya mandi dewasa Rm 0.80sen dan kanak-kanak Rm0.50 ; buang air seperti biasa Rm0.30; 
 b) Kemudahan SURAU juga ada disediakan ( 2 tempat sebagaimana kemudahan bilik air);
 c) Ada terdapat banyak kedai-kedai menjual peralatan pantai, layang-layang, baju mandi, boyou
 d) Tempat permainan ada juga disediakan...


SURAU dan Bilik Air..
...kehadiran bike kecil..untuk disewa sebagai aktiviti keliling pantai..

..Playground.. untuk anak-anak bermain.. kedudukannya
bertentangan SURAU..di bahagian penghujung Pantai..


Pandangan di hadapan Khemah kami.. Aiman tak sabar dah nak main Pantai...
Begitu tenang kejadian alam semulajadi... sungguh memberi satu inspirasi yang begitu unik...begitulah bagaimana Mama menghargai alam semulajadi....BEST..Usai, solat Aiman bermain di Playground .. dan kira-kira jam 4.00 petang kami pulang di BBST.. Keletihan Aiman.. 


Terimakasih MAMA...

Tuesday, February 7, 2012

Lagi...Koleksi BEN 10


... Aiman memang minat mengumpul barangan BEN 10.. , Semalam Mama belikan Aiman, JAM BEN 10 ; Aiman memang dah lama nakkan Jam tu... TERIMAKASIH Mama....

Nilah... JAM yg di maksudkan...

................... JAM.....

.... Ada JAM dan 6 BEN 10; yg muncul..iaitu 
CANNONBOLT, XLR8, FOUR ARMS, DIAMONDHEAD, WILDMUTT, HEATBLAST..

.... kesemua KOLEKSI yang Aiman ada sekarang.. CANTIKKAN.....

CANNONBOLT, XLR8, FOUR ARMS, DIAMONDHEAD, WILDMUTT, HEATBLAST


.... kereta dan KOMIK BEN 10..


....beg dan skuter..


......akhir sekali sepasang selipar BEN 10...menggantikan yang dulu dah tak boleh pakai...


...CANTIKK.... TAK...... 'DIAMOND HEAD'10




...... Baju BEN 10 Aiman....

.....end

Sehari di dusun Durian, Peserai, BP

.......... Nak tahu pada 24,25 dan 26hb Januari 2012 yang lalu, cuti sempena tahun baru cina, Aiman dan Mama balik kampung rumah kakak Mimi..


Rancangan kami untuk ke dusun Durian Mak Teh di Peserai, Batu Pahat. Dusun ini terletak kira2 10km daripada Bandar Batu Pahat..Setelah bersiap-siap, kamipun berangkat; Aiman, Mama dan Abg Uda. Sampai Tmn Merdeka, Mama ambil Abg Ibrahim dan Tok Mak sebab mereka perlu menunjuk Jalan nak ke dudun tersebut. Menurut Ayah Teh, durian sedang banyak pada waktu ini....


Pukul 11.00 pagi, kami sampai....wah...best; maacam bukan dusun Aiman tengok..

Ni... Pintu masuk; Gatenya berkunci.....

......kereta kami dah masuk ke dalam..wow..macam padang bola..mama kata macam halaman rumah;
"Ada sebuah pondok telah didirikan bersebelahan dengan pokok durian; Dusun ini berkeluasan 3 ekar; Menurut Tok Mak abg Ibrahim ia telah dibeli lebih kurang setahun yang lalu; daripada tuan punya terdahulu iaitu SIngaporean; "



 ...Aiman terjatuh sebaik saja melangkah keluar kereta... Jadi Aiman tak dapat ikut MAMA pungut durian.. tulah Mama kata excited sangat

... tu,... buah durian pertama yang dipungut MAMA




...Abg Ibrahim pungut durian yg terjatuh di luar Pagar sebelah....




Lepas tu... Mama meninjaulah apa pokok-pokok yang terdapat di dusun ini selain durian; pokok2 durian di sini memang masih muda.... selain tu...mari kita tengok...




.... Ada pokok Limau Bali...




.... Limau sambal




.... Manggis ....Mama kata dia teringat masa kecil di kampung aktiviti memetik Manggis memang meriah dan hasil jualannya akan dijadikan duit tambahan utk membeli peralatan sekolah seperti kasut dan beg baru sekolah....




.... pokok Pulasan yang mula berbuah...




.... Hasil dari pusingan pertama memungut durian...




...... wah..kami dapat memungut 30 biji buah durian pelbagai saiz; pada hari tersebut; dan bersedia utk memasukkan dalam guni untuk dibawa balik....




..... wah..best..sampai rumah apa lagi.. kamipun mengopek durian dan...yumpppp  makan...

................Best, betul Aiman dapat pengalaman baru......; harapan Aiman dapat sampai lagi di Dusun ini...  Terima kasih buat Ayah Teh, Mak Teh memperlawa Mama dan Aiman ke Dusun Durian tu..

BUAT MEREKA : Aiman rakan serangkap PANTUN sbg tanda terimakasih..

" Makan Durian di Dusun Mak Teh..
Rasanya sedap, tidak terkira..
Terima Kasih AIman ucapkan Ayah Teh
Jangan lupa ada rezeki kita jumpa...."

END-




Sunday, February 5, 2012

Trip Johor Bharu, 4-6 Feb, 2012

.......Entri kali ni mengenai 2 hari perjalanan ke Johor ke 2 tempat yang berbeza;


 a) Johor Premium Outlets (JPO) ; terkenal dengan outlet barangan berjenama luar negara spt. Burberry, Georgio Armani, Micheal Khor (MK), Coach, Bonia, POLO, Sketchers, Padini, Calven Klient (CK), VINNCI, Nike, Zegna......boleh dikatakan barangan adalah berharga dari serendah RM 39.90 ke RM 5,000...yang RM39.90 hanya untuk 'purse' yang senilai dengannya...


Seronok menjamu mata........... 




.....Mempunyai Landscape yang cantik...Parking yang luas 'Flat rate RM 3.00/kenderan sehari'......
Sempat bergambar selepas buat satu 'tour'; huh... letihlah jugak... pasal tak beli apapun..
kena beratur nak masuk... maklumlah ... tak boleh masuk ramai2; di hadkan..
.pada 20 orang agaknya sekali yang ada dalam premis nih...
.bukanlah macam outlet lain....
Outlet nih paling rendah RM000.00.....ke atas,
so kalau nak beli sediakan duit macam tu..lah ye...
b) UK Farm Agro Resort, Kluang : merupakan 'Private Farm' luasnya .....tak pasti; tapi 'main activity' adalah penternakan kambing baka tempatan dan luar negara; menurut 'tourist guide'; sebanyak 4,000 kambing diternak dan ia bermula dari 2008; mula dibuka pada orangramai pada 2010.


........Harga tiket serendah RM45.00 dewasa dan RM25.00 kanak-kanak..dengan menaiki kenderaan Bus yang telah diubahsuai; manakala bagi mereka yang mengambil PACKAGE dikenakan RM210/seorang termasuk 4 kali makan. Bagi mereka yang ingin merasai kehidupan dalam ladang bilik hotel boleh disewa RM280/sehari bagi hari 'week end dan public holiday', manakala hari biasa adalah RM230/sehari; bilik dilihat agak selesa; utk family RM350/sehari boleh memuatkan 4 org/sebilik.....


 Satu pengalaman yang menyeronokkan ;  


JOM kita 'tour'................

...Entrance nampak 'welcoming'...kebersihan oklah...hanya 'toilet' biasalah Malaysian...
 mungkin bukanlah macam Airport...sentiasa dijaga..
... PETA menunjukkan lokasi ladang-ladang di dalam FARM ini...

...Ini 'lunch' kami sebelum bertolak....masuk ke dalam..
...Cafe... bersih ...
...Entrance... ke Ladang...


..ada 2 cara nak 'tour' dalam ladang ; boleh menaiki kereta Kuda  (Package),
dan Bus tadi..kami naik Bus aje...
Dalam..bus.

... Nilah rupa bentuk bus yang sudah di upgrade......
...Our Tourist Guide... menggunakan bahasa  ibunda mereka..
pas tu..beliau datang menerangkan kepada kami....
bolehlah faham...kalau tidak macam itik dengan angsalah kami...
.
Ladang pertama yg kami lawatan mempunyai 6 blok..terdiri kambing baka dari luar negara spt Britain, Swiztlend, Australia, Amareka, New Zealand, baka yang dipilih dari yang baik2.... mereka di asingkan mengikut umur... ada yang dilepaskan bagi yang sihat dan di beri makan rumput yang dicampur dengan jerami menggunakan mesin khas...
.... Taman Herba..
.....' Ostrich Farm.'.. yg di import dari luar negara.... ada 7 ekor semuanya....
...Telur 'Ostrich'..seekor akan bertelur sebiji pada satu2 masa....
dan sebiji telur bersamaan 27 biji telur ayam...
'Jakun Village'....
.. didiami oleh 3 keluarga Jakun, Endau Rompin...
tinggal dan membuat rumah dengan menggunakan sepenuhnya dengan kayu...
... Farm Fruits...
..... action tgh ambil gambar...
..... Ladang Anggur..
..... Anggur yang baru berbuah...
... Buah Markeesa...dari buah ini mereka proses jadikan
jus MARKEESA...sungguh sedap dan menyegarkan...
..... destinasi seterusnya... Ladang Kambing untuk disusukan..
di sini pelawat boleh menyusukan  anak2 kambing
... aktiviti menyusukan anak kambing..
... anak2 kambing..
.... Last destination..Mushroom Farm..
.... Entrance Mushroom Farm...Taklimat dari pembantu Pelancung..
seluas 2 ekar khas utk Cendawan..
..ni last restaurant dalam 'Mush Room Farm..
menyediakan hidangan berasaskan cendawan..
... salad cendawan... utk pelawat..
.. Lebih kurang 4 jam...aktiviti 'tour'...Farm...tamat .. dan..instead of kami tidur kat dalam Farm.... kami mengambil keputusan utk menginap di KATERINA Hotel BP.....


THE KATERINA HOTEL BP RM185.00/malam; 

Breakfast sebelum balik..

Satu aktiviti yang bagus... yang boleh dicadangkan..kalau bawa anak-anakpun bagus..sekurang-kurang mereka boleh menghargai kehidupan luar yang lebih luas..jauh dari hiruk pikuk kota...

END-