Popular Posts

Tuesday, January 1, 2013

Tahun 2013

Seperti biasa tahun berganti...telah 6 bulan blog ini tiada pengisian.. bukan tak mahu tetapi terlalu banyak peristiwa berlaku selepas kembalinya Mama dan Aiman dari tanah suci Mekah.

- Peristiwa Mama mengalami penyakit kegagalan jantung yang memerlukan pembedahan;
- Menyambut Syawal di Temerloh dalam keadaan masih lemah
- Menyambut Ramadhan dengan hanya dapat jalani ibadah berpuasa hanya pada 1 Ramadhan sahaja.
- Hari Keluarga ATTAN's Family 2012 penutup tahun 2012 di Bagan Lalang....

Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan segala yang di datangkan ..sebagai makhluk manusia hanya perlu merancang ttp ia tak akan berlaku selagi tidak diizinkan NYA..

Kembali kepada hari, bulan dan tahun... ia silih berganti.. begitu juga ia mengukur umur kita dan kedewasaan kepada tingkat dan tahap lebih tinggi.. Aiman kini juga akan melangkah ke sekolah semula sebagai kanak2 yang akan melangkah ke satu tingkat Umur iaitu 6 tahun..

Sedar tak sedar kita juga bertambah dari segi amanah yang perlu di jaga.. jika pd mereka yg bertambah ahli keluarga ia sesuatu yg mengembirakan dan ada bagi mereka yg kehilangan ia juga menyedihkan.. Gembira dan sedih pada dasarnya adalah satu perasaan yang disuntik bagi mewarnai kehidupan..

Selamat Tahun Baru Aiman ucapkan buat Mama yang dikasihi... buat Mak Cik dan Pak Cik Aiman serta semua keluarga, sahabat handai dan kenalan di mana jua berada.

Aiman akhiri dengan doa moga kalian dalam lindungan, hidayah dan mendapat barakah sentiasa . Umur yang panjang dengan kesihatan yg dirahmati..AMIN

Muga 2013 dapat membawa kita ke satu tahap yang lebih bermakna.

Salam sayang dari Aiman dan Mama