Popular Posts

Sunday, February 10, 2013

Tanah Liat

Tanah Liat mmg mejadi permainan Aiman sejak mula diperkenalkan oleh MAMA pada satu ketika : Pada masa tu.. umur Aiman 4 tahun... Pada suatu hari pada masa balik kampung Mama telah mengajak Aiman dan kakak Mimi pergi ke sebuah Pusat Beli belah..Mama kata nak beli handphone..

Aiman ikut saja.. sampai di sana semasa Mama mencari2 handphone ; Aiman meminta Mama masuk sebuah pusat pemainan "Game" ; yang menggunakan COINs ; Mama bagi RM5 dapat 5 keping COINs.. COINs tu akan dimasukkan ke dalam Game yg di minati dan kamipun mula bermain..seingat Aiman ada 2 atau 3 Game yang dapat Aiman main..

Selepas itu, mamapun berjalan2; lalu kami lalu di kedai permainan kanak-kanak.. tempat macam ni memang Aiman suka.. Mama ajak Aiman masuk dan sambil membelek-belek permainan yang bermacam-macam.. lepas satu permainan satu permainan Aiman akan tunjuk kat Mama nak beli tetapi semuanya Mama kata tak sesuai untuk umur Aiman...

Lalu Kakak Mimi mencadangkan "PLAYDOH" untuk Aiman..masa tu Aiman tak tahu lagi apa itu "PLAYDOH".. tetapi jika di lihat kotaknya sungguh menarik..

Aiman bersetuju.. "PLAYDOH" tu mengenai bagaimana untuk membuat ais krim.. ada 4 warna dan 4 corak serta mesin pembuatnya..

Aiman tak sabar lah nak membuka dan dari saat itu..Aiman tahu macam mana peranan tanah liat.

Sekarang Mama akan beli di kedai berhampiran dengan tempat kami timggal sekiranya Aiman memintanya..Mama minta Aiman janji untuk menjaga dan jangah bersepahkan tanah liat tersebut sebab kata Mama; mama selalu terpijak di sana sini tanah liat tersebut..

Sekarang Aiman buat permainan BOBOI...Aiman akan bermain dgn tanah liat ni..
Zaman kanak-kanak Aiman.....

- END-

Sunday, February 3, 2013

Aiman bersama Ustaz Don....

FEBRUARI, 2013M; Rabiulawal 1434H

Memulakan cerita dengan Aiman dan Mama berkesempatan mendengar CERAMAH Maulidur Rasul di Desa Bestari, yang terletak kira-kira 10 minit daripada rumah kami.

"Mama, jomlah cepat bila kita nak pergi jumpa Ustaz Don ni"; begitu teruja Aiman pada petang 2 Februari, 2013 yg lalu...

Wow, begitu sambutan semacam artis di mana jalan masuk di kawal Polis dan RELA.. begitulah: Jemputan Mama dapat daripada kawan di ofis yang anaknya juga satu tadika dgn Aiman..

Tepat jam 8.30mlm kami sampai; Aiman ajak duduk dibhg hadapan ; sampai kami duduk bersila.. 
Alhamdulillah majlis berjalan begitu sempurna dengan selang seli lawak jenaka dari Ustaz Don; 
Beruntung rasanya dapat melihat Ustaz secara langsung. Memang Mama penuntut setia "30 Minit bersama Ustaz Don di TV Al Hijrah."

Ceramah yang menceritakan kelahiran Rasulullah saw dengan bagaimana kemunculan ABRAHAH dgn diselitkan beberapa cerita pendek amat menarik perhatian hadirin. Walaupun Mama pernah mendengar cerita Ustaz Don yang sama di kaca TV ttpi cara penyampaian yg sedikit berlainan menyebabkan pendengar tidak berganjak daripada tempat duduk sehingga masa di tambah 30 minit..

Ceramah di anjur bagi memungut DANA pembinaan Surau di Taman Desa Bestari ini bukan saja membawa kehadiran penduduk se Taman tetapi di hadiri juga penduduk sekitar .Lebih RM17,000 di pungut. Mama kata AlHamdulillah.

Ustaz Don yang menjadi IKON muda mudi malah orang dewasa juga begitu juga kanak-kanak yg meniti namanya dibibir.

"Aiman nak jadi macam Ustaz Don"; yelah anakku. Semuga Aiman menjadi yang terbaik.. Aiman masih lagi sekeping kain putih yang tiada DOSA... Mama sedaya upaya mencorakkan Aiman, mendoa dan memberikan keperluan warna-warna yang indah untuk AIMAN.

Usai ceramah, masing berebut2 mahu bersalam dengan Ustaz tak kira tua atau muda.... "Aiman nak salam dengan Ustaz Don tak?; Mama bertanya.... "Nak-nak, lalu Aiman menyusup masuk di sebalik tubuh-tubuh yang besar;.. " Ok, Mama tunggu di sini ok:... tanpa banyak soal Aiman terus berlalu. " Aiman dah salam Ustaz?; apabila tubuh kerdil ini keluar di sebalik ramainya manusia.. Angguk; tanda sudah dapat bersalam... TERSENGEH anak ini tanda puas.. Muga menjadi satu pengalaman yang berharga untuk dirakam dikotak mindanya....

'AIMAN, Mama sentiasa doakan Aiman menjadi anak yang soleh....kenallah orang yang soleh.... sayang diri, ibubapa dan ALLAH; juga Rasulullah, Nak.... untuk menunjukkan kasih kita padanya kita perlu ikut sebanyak mungkin sunnahnya..

AIMAN anak MAMA
Ustaz Don... Aiman dapat snap dari BB Mama.......

- END-