Popular Posts

Saturday, January 10, 2015

BAITI JANNATI

Mama bercerita lagi...menyimpan memori..

Aiman, 'Mama rasa Allah tidak takdirkan kita nak duduk di rumah yg Mama rancangkan tu...' tak pelah anakku bila ada rezeki Mama carilah tempat untuk kita berteduh..buat sementara ni..kita duduk je dulu rumah ini..' sambung Mama lagi

TAHUN 2014 membuka lembaran baru buat kami..Mama telah dapat mencari rumah untuk kami duduki, cuma ianya masih lagi dalam pembinaan...

Setiap bulan Mama akan melawat tapak bina. Rumah yang tidaklah besar dan tidak kecil untuk kami berteduh.Alhamdulillah Kami bersyukur. Dapatlah memberi keselesaan kepada makcik2 apabila datang ke rumah...

TAHUN 2015, ni rumah hampir siap..Mama bagitau mungkin dalam tahun 2015.kami bolehlah menduduki rumah tersebut.

Progress as of Sept 2014
Progress as of October 2014
Progress as of November 2014
As of End November,2014

As of December, 2014
Alhamdulillah..Mama selalu bagitahu Aiman..kita kena selalu bersyukur..jadikan sesuatu yang kita perolehi sebagai Ladang untuk kita bercucuk tanam di akhirat kelak..

INSHAALLAH..Mama, Aiman akan ingat semua itu.

END

Monday, January 5, 2015

Nukilan Hati Di Kala Sepi - CINTA ABADI



CINTA ABADI

Malam kian melabuhkan tirainya…
Aku masih di hadapan PC
Memerah keringat otak untuk sambung memikir………..

Mengelamun sekejap-sekejap
Dengan mata yang masih terkebil-kebil..
Jari jemari masih lembut menekan keyboard…

Masih mencari-cari idea
Masih merenung-renung data-data yang ada..
Nun jauh di sudut sana mata kian memikirkan…

Dunia yang penuh dengan sandiwara…..
Tanpa bekalan..mampukah aku terus melangkah..
Sesekali mataku menoleh kiri dan kanan..

Jari jemari masih laju dalam getaran..
Mengharap  hari esok yang mendatang..
Menunggu masih adakah mentari..

Di sebalik tabir sebuah CINTA ABADI..


Nukilan rasa Nur….
9 Oct. 2014:12.15pm
BBST, Sepang

Hudaibiah - Perjalanan Jiwa 2009 ; Di sini Rasulullah saw berhenti dan berlakulah perjanjian Hudaibiyah ketika Rasulullah saw ingin melakukan Haji pertama ke Mekah tetapi berundur kepada tahun berikutnya..

Saturday, January 3, 2015

12 Rabiul Awal, 1436H bersamaan 3 January, 2015

Assalam Mama..

Hari ni hari kelahiran Rasulullah saw..... Aiman nak cerita bagitau Mama...

Tahun Rasulullah saw. dilahirkan juga dipanggil tahun Gajah..Kenapa?..sebab masa Rasulullah saw dilahirkan ada sekumpulan Gajah yang diketuai oleh Abrahah datang menyerang Kaabah. Dan Allah menceritakan dalam surah Al fil..kalau Mama baca Mama akan ingat.

Rasulullah saw, seorang anak yatim ketika dilahirkan ayah Rasulullah meninggal dunia...dan ketika umur Rasulullah saw 8 tahun Siti Aminah ibunya wafat..kesian.Rasulullah saw. jadi Yatim Piatu..tetapi Rasulullah saw dipelihara oleh datuknya yang bernama Abdul Mutalib.

Rasulullah saw di susukan oleh Halimatun Saadiah. Rasulullah saw. di angkat oleh malaikat dan dicuci perutnya pada ketika kecil..Rasulullah saw. digelar AL AMIN. Rasulullah saw. juga telah mempunyai sifat kepimpinan dan seorg yang amanah sejak daripada kecil hingga remaja. Buktinya Rasulullah saw. mendapat kepercayaan seorang hartawan bernama Siti Khadijah untuk meniagakan dagangannya ke Syam. Kemudian Rasulullah saw. berkahwin dengan Siti Khadijah pada ketika berumur 23 tahun.

Rasulullah saw mendapat tanda kenabian ketika ia beribadat seorg diri di Gua Hira' ..masa tulah IQRA' di turunkan dan di suruh oleh Allah melalui Malaikat JIBRIL untuk di baca..

Rasulullah saw wafat pada ketika umur 63 tahun. 

Banyak lagi cerita sejarah Rasulullah saw. yang kita perlu tahu sekiranya kita sayang baginda.

So..JOM kita selawat sebagai tanda kasih kepada baginda . 
Nak tgk makam Rasulullah saw. Ada di MADINAH..Aiman dah pergi..Alhamdulillah
Muga jadi Umat yang diingati baginda dan di tunggu untuk bersama-sama di Syurga nanti

Okay MAMA..

END


Thursday, January 1, 2015

Welcome 2015

Assalam semua..

Lama dah tak update Blog kesayangan ni..

Sebelum terlambat Aiman ucapkan Selamat Tahun Baru..2015, Mama bagitau dia tak de masa..

Throwback 2014:

Banyak sungguh perkara berlaku sepanjang 2014..Aiman masuk Darjah 1 ..Seminggu lepas buka sekolah Aiman ingat lagi Aiman masuk ward..Viral Fever..Mama kata..masuk 6 botol air..aduh sakit tau..Lepas daripada itu Aiman mula sedikit berani..

Tahun 2014 juga memberikan Aiman pengalaman ..visit Hong Kong..cdg naka ke DisneyLand.. ttp tak tahu nape Aiman dan Mama tak dpt masuk..terpaksa balik semula Malaysia.

Lepas tu akhir tahun bln December, 2014- Aiman masuk Asrama ..Mama kata nak Aiman jadi seorg Hufaz..nak tahu perasaan Aiman..homesicklah..ttp Mama sentiasa di sisi..

Yang paling best pada Aiman adalah Aiman dapat Baba baru..muga sampai ke syurga..

Yang selalu Aiman doa, Baba sihat, dan ada duit banyak..bkn apa..nanti Baba yg senang..apa-apapun muga Allah jaga Baba dan Mama.

Tahun 2015; Persekolah akan bermula 11 Januari, 2015 - Aiman tukar sekolah dan duduk Asrama..Aiman doakan semua ok2..

Mama, Baba dan Aiman serta semua keluarga di rahmati Allah
Sinichi dan Conan... Cantik tak?


Drawn By Aiman on 31 December, 2014

Akhir kata Selamat Tahun Baru 2015 dari Aiman, Mama dan Baba....
WASSALAM