Popular Posts

Saturday, March 28, 2015

27 Mac, 2015

Aiman potong kek

Mama nak juga dgn Aiman

Dengan QIMI
We are all..Aiman dan 2 lagi Sahabat...
Tanggal 27hb Mac, 2015, iaitu semlm adalah genap 8 tahun kelahiran Aiman...Masih ingat dan terngiang suara tangisan Anakku ketika kamu di lahirkan di dunia ini...masih tergambar ketika dikau di azankan oleh Ayah Cikmu......

Anakku....kehadiranmu sangat istimewa di hati Mama...
Bersamamu Nak..banyak meninggalkan kenangan yang amat sukar di tafsirkan..
Sekecil kamu..Mama mengolah supaya menjadi Insan yang berguna...

Anakku.... Tiada ayat yang dapat dinukilkan...
Kita bersama Nak..melalui susah senang..hingga kau menjadi kian dewasa...
Tetapi setiap teka teki itu Mama simpan..

Mama sentiasa mendoakan agar Aiman menjadi anak yang soleh, anak isi syurga, anak yang terbaik buat agama, bangsa dan negara..

Ya..Mamapun tahu setiap ibubapa menginginkan begitu...
Tidak terkecuali Mama... 
Sering Mama titip buatmu...di setiap solatku, tidurku dan bangunku...
agar anak Mama yang satu ini dipelihara..berbudi pekerti yang mulia...

Namun siapa Mama untuk menentukan semua itu...
Mama hanya mampu mencorak kain yang putih ini menjadi rona warna yang terbaik...
8 tahun bukan satu masa yang singkat..bukan juga satu masa yang terlalu lama..

Ia banyak sedikit sebanyak mendewasakanmu Anakku...
Walau setiap detik...dan saat...

Hari semalam Mama masih lagi berkuderat...Mama masih lagi boleh menghirup udara pagi... mengayuh langkah...sebagaimana tahun-tahun lalu...mengembirakan mu..
di hari lahir mu...

Esok lusa...Mama tidak pasti..
Harapan dan doa Mama ...AIMAN menjadi seorg Murabbi yang berbakti kepada agamamu...InsyaAllah..

Tiada yang lebih berharga kecuali Segugus bacaan ALFATIHAH untuk Mama pada setiap waktu solatmu...pada ketika Mama tiada di sisimu..

Coretan buatmu ..Anakku
27 Mac, 2015

Birthday Kek Aiman




Saturday, March 7, 2015

SERBAN

Aiman nak kongsi bagaimana cara ikat serban dengan pantas.. nak tahu tengok je gambar Aiman..
Sebelum Aiman balik Asrama..

Tu Aiman Pakai
Mula-mula bentang serban, gulungkan..letak atas kepala buat 3 sekyen..yang pendek letakkan kat belakang sebagai ekornye..Kemudian lilit kat kepala..selit dengan kemas kemudian tgk..
Kan dah siap
Macam senang kan..macam lilit tudung tu.....ok Aiman dah siap untuk balik Asrama
Ok tak....
Kira ok lah kan... Assalam semua.. Aiman nak balik Asrama..
Doakan Aiman ye..
END

Hong Kong Disney Land

Trip 9 - 14 October, 2014

Bercerita Trip Lawatan Aiman ke Hong Kong Disney Land..

Kami bertolak menaiki MAS. Aiman excited tetapi tak byk yang Aiman blh 'share'  sebab ada beberapa peristiwa yang berlaku..Namun demikian Aiman hanya dapat 'share' beberapa keping gambar dan mungkin dapat menceritakan keadaan di sana...

Dengan Auntie Liza sebelum bertolak di KLIA
Kami pergi melalui Andalusia.. Kami pergi bertiga.. Mama kata Package kami berdua lebih kurang RM5,000.00 untuk 4 hari 3 Malam.. terbayang Aiman..BEST..

Sampai Airport Hong Kong
Hong Kong ni sebuah Pulau seperti Singapura..Ia masih di bawah Komanwel..Bahasa yang digunakan kebanyakan Bahasa Inggeris.. banyak pelancung.. Matawang nya adalah HKG Dollar. Boleh juga guna duit pound.

Barang di sini agak mahal dibanding dengan China..dipisahkan dengan SHEN ZEN melalui laut..boleh juga ke SHEN ZEN menaiki Feri dan kenderaan biasa. Kami ke SHEN ZEN menaiki BAS pelancung. Sebenarnya kalau kita dah dapat dokumen (PASPORT) ..boleh pergi tanpa dengan Agensi Mama bagitau.. tetapi kena berani dan dapatkan hotel siap-siap. Di SHEN ZEN matawang adalah matawang Reming Bhi..kena tukar siap-siap di Airport atau di Malaysia.. nak beli COACH..beli di SHEN ZEN lebih murah drp Hong Kong..kualiti saje lah yang berbeza...

Toilet Di Airport Hong Kong
Mama suka ambil gambar Toilet sebab Mama suka ambil iktibar dengan toilet di Malaysia..memang bersih dan tidak berbau..
Kemudahan Bas disediakan
Ada kemudahan Bas disediakan di luar Terminal Level Perlepasan..tak silap semua level ada 7 di HKG Airport ni..Mama sempat snap gambar ni..Cuaca..masa kami pergi agak winter..tetapi tidak sejuk sangat..macam cuaca di Scotland Musim panas Mama bagitau
Aiman tgh tunjuk BAS tu .. kiranya ENTRANCE Airport drp 'Level Departure'
Aiman bergambar di salah satu Kedai di Airport yang menjual byk barang2 DisneyLand


 
Matawang Hong Kong 'Dollar"

Itulah serba sedikit perkongsian Aiman...Pada Aiman tempat ini memang sesuai untuk kanak-kanak macam Aiman...Aiman seronok juga dapat berjalan-jalan..

Terima Kasih MAMA.. Aiman selamat sampai balik ke KLIA..
Alhamdulillah..

END


Rumah Aiman


Mama bagitahu Aiman kemajuan Rumah kami kini hampir siap ...lalu Aiman dan Mama pergi snap photo biasa lah waktu petang jalan-jalan...

Progress as of 28 February, 2015
Alhamdulillah..Aiman mula rasa 'excited'. Mama kata tuan rumah sewa kami mula naikkan harga sewa...Mama bagitau Aiman, tak pelah kecik-kecilpun ini adalah rumah kami.

Walaupun Aiman kini di Asrama tetapi bila balik rumah nanti Aiman dapat tidur juga di rumah.
Muga Rumah ini dapat menjadi tempat untuk kami sekeluarga berteduh. 

Alhamdulillah.

END