Popular Posts

Saturday, January 10, 2015

BAITI JANNATI

Mama bercerita lagi...menyimpan memori..

Aiman, 'Mama rasa Allah tidak takdirkan kita nak duduk di rumah yg Mama rancangkan tu...' tak pelah anakku bila ada rezeki Mama carilah tempat untuk kita berteduh..buat sementara ni..kita duduk je dulu rumah ini..' sambung Mama lagi

TAHUN 2014 membuka lembaran baru buat kami..Mama telah dapat mencari rumah untuk kami duduki, cuma ianya masih lagi dalam pembinaan...

Setiap bulan Mama akan melawat tapak bina. Rumah yang tidaklah besar dan tidak kecil untuk kami berteduh.Alhamdulillah Kami bersyukur. Dapatlah memberi keselesaan kepada makcik2 apabila datang ke rumah...

TAHUN 2015, ni rumah hampir siap..Mama bagitau mungkin dalam tahun 2015.kami bolehlah menduduki rumah tersebut.

Progress as of Sept 2014
Progress as of October 2014
Progress as of November 2014
As of End November,2014

As of December, 2014
Alhamdulillah..Mama selalu bagitahu Aiman..kita kena selalu bersyukur..jadikan sesuatu yang kita perolehi sebagai Ladang untuk kita bercucuk tanam di akhirat kelak..

INSHAALLAH..Mama, Aiman akan ingat semua itu.

END

Monday, January 5, 2015

Nukilan Hati Di Kala Sepi - CINTA ABADI



CINTA ABADI

Malam kian melabuhkan tirainya…
Aku masih di hadapan PC
Memerah keringat otak untuk sambung memikir………..

Mengelamun sekejap-sekejap
Dengan mata yang masih terkebil-kebil..
Jari jemari masih lembut menekan keyboard…

Masih mencari-cari idea
Masih merenung-renung data-data yang ada..
Nun jauh di sudut sana mata kian memikirkan…

Dunia yang penuh dengan sandiwara…..
Tanpa bekalan..mampukah aku terus melangkah..
Sesekali mataku menoleh kiri dan kanan..

Jari jemari masih laju dalam getaran..
Mengharap  hari esok yang mendatang..
Menunggu masih adakah mentari..

Di sebalik tabir sebuah CINTA ABADI..


Nukilan rasa Nur….
9 Oct. 2014:12.15pm
BBST, Sepang

Hudaibiah - Perjalanan Jiwa 2009 ; Di sini Rasulullah saw berhenti dan berlakulah perjanjian Hudaibiyah ketika Rasulullah saw ingin melakukan Haji pertama ke Mekah tetapi berundur kepada tahun berikutnya..

Saturday, January 3, 2015

12 Rabiul Awal, 1436H bersamaan 3 January, 2015

Assalam Mama..

Hari ni hari kelahiran Rasulullah saw..... Aiman nak cerita bagitau Mama...

Tahun Rasulullah saw. dilahirkan juga dipanggil tahun Gajah..Kenapa?..sebab masa Rasulullah saw dilahirkan ada sekumpulan Gajah yang diketuai oleh Abrahah datang menyerang Kaabah. Dan Allah menceritakan dalam surah Al fil..kalau Mama baca Mama akan ingat.

Rasulullah saw, seorang anak yatim ketika dilahirkan ayah Rasulullah meninggal dunia...dan ketika umur Rasulullah saw 8 tahun Siti Aminah ibunya wafat..kesian.Rasulullah saw. jadi Yatim Piatu..tetapi Rasulullah saw dipelihara oleh datuknya yang bernama Abdul Mutalib.

Rasulullah saw di susukan oleh Halimatun Saadiah. Rasulullah saw. di angkat oleh malaikat dan dicuci perutnya pada ketika kecil..Rasulullah saw. digelar AL AMIN. Rasulullah saw. juga telah mempunyai sifat kepimpinan dan seorg yang amanah sejak daripada kecil hingga remaja. Buktinya Rasulullah saw. mendapat kepercayaan seorang hartawan bernama Siti Khadijah untuk meniagakan dagangannya ke Syam. Kemudian Rasulullah saw. berkahwin dengan Siti Khadijah pada ketika berumur 23 tahun.

Rasulullah saw mendapat tanda kenabian ketika ia beribadat seorg diri di Gua Hira' ..masa tulah IQRA' di turunkan dan di suruh oleh Allah melalui Malaikat JIBRIL untuk di baca..

Rasulullah saw wafat pada ketika umur 63 tahun. 

Banyak lagi cerita sejarah Rasulullah saw. yang kita perlu tahu sekiranya kita sayang baginda.

So..JOM kita selawat sebagai tanda kasih kepada baginda . 
Nak tgk makam Rasulullah saw. Ada di MADINAH..Aiman dah pergi..Alhamdulillah
Muga jadi Umat yang diingati baginda dan di tunggu untuk bersama-sama di Syurga nanti

Okay MAMA..

END


Thursday, January 1, 2015

Welcome 2015

Assalam semua..

Lama dah tak update Blog kesayangan ni..

Sebelum terlambat Aiman ucapkan Selamat Tahun Baru..2015, Mama bagitau dia tak de masa..

Throwback 2014:

Banyak sungguh perkara berlaku sepanjang 2014..Aiman masuk Darjah 1 ..Seminggu lepas buka sekolah Aiman ingat lagi Aiman masuk ward..Viral Fever..Mama kata..masuk 6 botol air..aduh sakit tau..Lepas daripada itu Aiman mula sedikit berani..

Tahun 2014 juga memberikan Aiman pengalaman ..visit Hong Kong..cdg naka ke DisneyLand.. ttp tak tahu nape Aiman dan Mama tak dpt masuk..terpaksa balik semula Malaysia.

Lepas tu akhir tahun bln December, 2014- Aiman masuk Asrama ..Mama kata nak Aiman jadi seorg Hufaz..nak tahu perasaan Aiman..homesicklah..ttp Mama sentiasa di sisi..

Yang paling best pada Aiman adalah Aiman dapat Baba baru..muga sampai ke syurga..

Yang selalu Aiman doa, Baba sihat, dan ada duit banyak..bkn apa..nanti Baba yg senang..apa-apapun muga Allah jaga Baba dan Mama.

Tahun 2015; Persekolah akan bermula 11 Januari, 2015 - Aiman tukar sekolah dan duduk Asrama..Aiman doakan semua ok2..

Mama, Baba dan Aiman serta semua keluarga di rahmati Allah
Sinichi dan Conan... Cantik tak?


Drawn By Aiman on 31 December, 2014

Akhir kata Selamat Tahun Baru 2015 dari Aiman, Mama dan Baba....
WASSALAM

Wednesday, July 31, 2013

22 Ramadhan 1434H: Dugaan buat Aiman dan Mama


Aiman dapat campak pd Nuzul Qur'an 17 Ramadhan, 1434H: 
Sejak itu Doktor tak kasi Aiman puasa. Aiman hanya dapat puasa 12hari sahaja;
Mamalah yg jaga Aiman; Mama terpaksa bercuti walaupun banyak kerja di ofis; 

Dugaan buat Aiman dan Mama.

Buat Mama,

Terimakasih kerana telah menjaga Aiman pada ketika Aiman amat memerlukan Mama...
Mama yg terbaik buat Aiman..
Mama akan buat bubur..melayan Aiman makan dan minum..
Kalau Aiman demam, Mama tidak akan lena...
Mama lah org pertama yg akan merasa risau bila Aiman mengadu sakit,

Ya Allah.... Berikanlah Mamaaiman kekuatan, kesihatan dan ketenangan dlm kehidupan..sentiasa anugerahkan yang terbaik buat MAMA..

MAMA ..sentiasa di hati buat selama2nya selagi hidup di kandung badan

Terimakasih Mama.. tiada yg lebih berharga selain jasamu membesar dan mendidik Aiman..

Sayang MAMA hingga ke syurga..

END

Thursday, June 20, 2013

14 June, 2013

20 Jun, 2013:

- Lama tidak menjengah BLOG ini; bukan mencari alasan; tiada waktu yg berharga yg dapat diperuntukkan untuk menulis BLOG ini;
- Telah 6 hari berlalu; birthday MAMA Aiman: tidak dapat di sambut seperti kebiasaan ; keadaan yg tidak mengizinkan; TETAPI keistimewaan tahun ini adalah UCAPAN dari semua ahli keluarga drp K TEH yg pertama kemudian K TAM, Adik dan Ancik tak lupa drp MIMI; Terimakasih tak terhingga
- Awal pagi ke ofis ; BIRTHDAY CARD drp rakan sepejabat; uh......istimewanya TAHUN 2013 ini.
- Allah mengurniakan HADIAH paling berharga drp org2 yg tersayang; DOA yg tidak ada penghujungnya;

"HAPPY BIRTHDAY; Semuga Panjang Umur, Murah rezeki, SIHAT dan..........daripada semua"; itu bermakna daripada apa yg ada.

Ia amat menyedarkan diri bahawa dunia semakin ke penghujung; tak tahu kenapa amat terasa begitu: mengimbau 14 Jun, 2012: Mengingatkan kisah tersadai di JEDDAH Airport dam perjalanan pulang daripada mengerjakan UMRAH;

Setahun berlalu mengimbau juga detik 2 Ramadhan 1433H; Ujian daripadaNYA ; menjalani pembedahan pertukaran INJAP jantung; uhhh.... begitu menyayat qalbu bila di imbau....

Masa terus berlari dan berlalu; mengumpul sejarah silam dan mengimbau ceritera yg padat dengan pengalaman, cabaran serta dugaan untuk disyukuri, di amati dan difikirkan.

Apabila detik 14 June, setiap tahun bermula ia melambangkan 50% daripada hari2 dalam tahun tersebut telah dilalui;

Dicatit amalan kebaikan dan sebaliknya.....Semuga masa berbaki 50% ini dapat menjadi garisan yg lebih menguntungkan kerana RAMADHAN 1434H kian menerjah kan wajahnya.

END

Sunday, February 10, 2013

Tanah Liat

Tanah Liat mmg mejadi permainan Aiman sejak mula diperkenalkan oleh MAMA pada satu ketika : Pada masa tu.. umur Aiman 4 tahun... Pada suatu hari pada masa balik kampung Mama telah mengajak Aiman dan kakak Mimi pergi ke sebuah Pusat Beli belah..Mama kata nak beli handphone..

Aiman ikut saja.. sampai di sana semasa Mama mencari2 handphone ; Aiman meminta Mama masuk sebuah pusat pemainan "Game" ; yang menggunakan COINs ; Mama bagi RM5 dapat 5 keping COINs.. COINs tu akan dimasukkan ke dalam Game yg di minati dan kamipun mula bermain..seingat Aiman ada 2 atau 3 Game yang dapat Aiman main..

Selepas itu, mamapun berjalan2; lalu kami lalu di kedai permainan kanak-kanak.. tempat macam ni memang Aiman suka.. Mama ajak Aiman masuk dan sambil membelek-belek permainan yang bermacam-macam.. lepas satu permainan satu permainan Aiman akan tunjuk kat Mama nak beli tetapi semuanya Mama kata tak sesuai untuk umur Aiman...

Lalu Kakak Mimi mencadangkan "PLAYDOH" untuk Aiman..masa tu Aiman tak tahu lagi apa itu "PLAYDOH".. tetapi jika di lihat kotaknya sungguh menarik..

Aiman bersetuju.. "PLAYDOH" tu mengenai bagaimana untuk membuat ais krim.. ada 4 warna dan 4 corak serta mesin pembuatnya..

Aiman tak sabar lah nak membuka dan dari saat itu..Aiman tahu macam mana peranan tanah liat.

Sekarang Mama akan beli di kedai berhampiran dengan tempat kami timggal sekiranya Aiman memintanya..Mama minta Aiman janji untuk menjaga dan jangah bersepahkan tanah liat tersebut sebab kata Mama; mama selalu terpijak di sana sini tanah liat tersebut..

Sekarang Aiman buat permainan BOBOI...Aiman akan bermain dgn tanah liat ni..
Zaman kanak-kanak Aiman.....

- END-