Popular Posts
-
Tahun 2011, membuka lembaran baru dalam hidup Aiman dan Mama...Alhamdulillah..Allah memberikan rezeki utk Mama mendapatkan sebidang tanah......
-
.. ..Aiman, Mama nak ke Mekah; InsyaAllah pada Mei, 2012 nih....Aiman nak ikut tak?", Ma ..Mekah tu apa?... Aiman nampak begi...
-
.......... Nak tahu pada 24,25 dan 26hb Januari 2012 yang lalu, cuti sempena tahun baru cina, Aiman dan Mama balik kampung rumah kakak Mimi....
-
Kenangan di kampung Air, Brunei...kami menaiki bot .harga seorang Br6.50 seorang...Kami di bawa sekeliling sepanjang kampung Air.. Pandanga...
-
Janji Mamaaiman nak post gambar Sport Rim yang cantik tu... JENG-JENG................ -end
-
Semalam di Impiana Morib, Apa yg menarik tu tak tahu le.. Aiman ...Aiman enjoy ke...Enjoy Ma... Alang-alang tu smpi Morib..gi le Pantai Mori...
-
....... Entri kali ni mengenai 2 hari perjalanan ke Johor ke 2 tempat yang berbeza; a) Johor Premium Outlets (JPO) ; terkenal deng...
-
... Aiman, Mama ada sebut bila Aiman dah berkhatan Mama akan lebih mudah untuk bawa Aiman pergi KAABAH. Perjalanan kami 2 beran...
-
Aiman nak update blog ni...ha..2 minggu yang lepas Ayah Uda balik bercuti dari Scotland ..so, Mama, Aiman dan Ayah Uda bercuti ke Miri...Mam...
-
BEKAS KUIH... Sempat tak sempat..dalam kesibukan tu...Mama Aiman sempat jugak gubah Bekas Kuih Raya..hai temanya kan PURPLE/Hitam ...cantik...
Saturday, March 28, 2009
Happy Birthday Aiman
Hari ni, Aiman genap 2 tahun...
Mama nak pesan dengan Aiman sesuatu...
Aiman,
Jadilah anak yang berguna..
Pada Agama, Bangsa dan Negara..
Anak yang elok budipekertinya..
Taat perintah Allah..
Patuh dan sentiasa hormati setiap manusia.. tua atau muda
Nak.. Usia kita adalah satu pengiraan Nombor-nombor..
Jadilah anak yang cerdik aqal dan fikiran..
Boleh memimpin menjadi Khalifah,..
Nak..sekiranya MAMA menutup mata..
Mama nak melihat anak MAMA ini..
Jadi anak yang berguna..
Mama, ajar kamu dengan perkataan LAILA HAILLALLAH..
Agar kamu mengenal yang ESA..
Mengenal siapa penciptamu..
Mengenal siapa yang meminjamkan mu..usia itu..
Anakku..Janganlah alpa dengan kehidupan dan gurau senda dunia..
Yang hanya sementara ini...
Yang akan di tinggalkan..
Cari dunia untuk bekalan akhirat...
Nak... ingin MAMA bisikkan.. salam kasih sayang untukmu..
Ketahui bahawa kehadiranmu..
memberi seribu ketenangan buat MAMA..
Selamat.. MAMA ucapkan.. semuga hidupmu mendapat keberkatan..
Terima kasih kerana memberi MAMA sedikit kebahagian..
Walaupun hanya sementara..
AIMAN, Anakku...
Friday, March 13, 2009
Aiman baru lepas solat
Aiman baru lepas solat..... alhamdulillah ....
Aiman, klu azan suara nyaring...pelat2 sikit...
lagi 2 minggu nak 2 tahun..tarikh yg paling penting dalam hidup Aiman dan Mama dia....
Aiman, anak mama... hari ini aiman ada mama.. esok lusa kita tak tahu apa akan berlaku ..oleh itu Aiman perlu kuat..sekuat para mujahidin apabila berjuang di medan perang....
Jangan cepat terpedaya, dan perlu ada keyakinan..Nak.. dlm keadaan apa sekalipun susah, senang kerana itu semua pemberian tuhan yg sementara...Hidup perlu jelas matlamat... berkasih sayang perlu ada batas, perlu ikhlas dalam setiap perhubungan..., bercakap biar betul..jangan suka berbohong kerana dari sifat tersebut engkau telah meletakkan dirimu pada serendah2 martabat yang bergelar makhluk tuhan.. Ingat Nak.. Tika Allah hendak menjadikan manusia.. iblis engkar kecuali malaikat yg sujud pada Adam...; Manusia adalah sebaik2 makhluk yg Allah jadikan..Maka jadilah manusia yang benar2 Allah kehendaki... sentiasalah belajar memperbaiki diri... kerana disekelilingmu ada 2 jalan; Jalan yang Allah redai dan sebaliknya.. ; Allah sambung lagi dlm firmannya... Maka beruntunglah orang memilih Jalan yg Aku redhai dan rugilah bagi orang yang memilih sebaliknya.. AMIN..
Monday, March 2, 2009
Sajak Buat Aiman
Sedari kecil engkau dibelai, tawamu, tangismu menjadi lagu di setiap lena dan sepiku.. Mama cuba untuk membahagiakanmu.. Doa tulus sentiasa mengiringi senyum dan tangismu..
Anakku Aiman,.......
Tanganmu ku pimpin, salah dan silapmu ku tegur, agar dewasamu menjadi anak yang berguna....
Anakku Aiman,.....
Kasih sayang yang luhur Mama hulurkan... muga, dengannya dirimu akan menjadi anak yang berguna... Membalas keluhuran dengan sejujurnya....
Mama mengajar berbicara, mengajar erti hidup yang sebenar, kerana didalam kehidupan terdapat liku dan ranjau yang mencabar....Engkau terlalu kerdil untuk memahaminya..
ANAKKU..
Doakan Mamamu,....sentiasa kuat, tabah menghadapi ujian Allah.. Sekiranya Mama pergi menutup mata...Mama tinggalkan Al Quran Dan Assunah sebagai peganganmu seumur hidup..Agar kau tegar..dan tabah menghadapinya...AIMAN, anakku..