Popular Posts

Monday, March 2, 2009

Sajak Buat Aiman

Anakku.....,
Sedari kecil engkau dibelai, tawamu, tangismu menjadi lagu di setiap lena dan sepiku.. Mama cuba untuk membahagiakanmu.. Doa tulus sentiasa mengiringi senyum dan tangismu..

Anakku Aiman,.......
Tanganmu ku pimpin, salah dan silapmu ku tegur, agar dewasamu menjadi anak yang berguna....

Anakku Aiman,.....
Kasih sayang yang luhur Mama hulurkan... muga, dengannya dirimu akan menjadi anak yang berguna... Membalas keluhuran dengan sejujurnya....

Mama mengajar berbicara, mengajar erti hidup yang sebenar, kerana didalam kehidupan terdapat liku dan ranjau yang mencabar....Engkau terlalu kerdil untuk memahaminya..

ANAKKU..
Doakan Mamamu,....sentiasa kuat, tabah menghadapi ujian Allah.. Sekiranya Mama pergi menutup mata...Mama tinggalkan Al Quran Dan Assunah sebagai peganganmu seumur hidup..Agar kau tegar..dan tabah menghadapinya...AIMAN, anakku..

No comments: