Popular Posts

Sunday, June 24, 2012

MANASIK UMRAH JUNE 2012 (5 June 2012 -14 June, 2012) (sambungan)

... Hari seterusnya;


5 June, 2012; DI JEDDAH Airport;


Alhamdulillah, kami selamat mendarat di BUMI Anbiya' ini; Bumi Suci yg penuh barakah...


Mendarat di Terminal Hujjah Mekah; King Abdul Aziz; cuaca yg dingin dgn Suhu 34 darjah celcius; 


Aiman bersama Zhafir ; Senior yg bersama kami;
anak rakan sepejabat yg juga bersekali bersama ibunya.
Bersama Mama Zhafir...


Nampak ceria; sbb Aiman berselera makan di dalam pesawat; kami di sajikan makan tengahari dan kami sampai kira-kira jam 2.00tgh waktu tempatan; masih 5 June, 2012 kerana perbezaan waktu 5 jam kebebelakang; di mana waktu di Kuala Lumpur sepatutnya sekitar jam 8.00 malam.


Aiman masih bertenaga lagi dan masih ceria walaupun agak kelihatan letih...seronok dan pengalaman baru menyebabkan Aiman masih bertenaga.


Setelah hampir 3 jam kami di Airport; selesai urusan bagasi , kami mendapatkan BAS mutawwif yg akan membawa kami ke Madinatul Munawwarah; mengambil masa lebih kurang 4 hingga 6 jam perjalanan ; kami tiba di Madinah kira-kira jam 9 malam waktu tempatan;


Hotel kami adalah Hotel Malasi MANAZIL ; yang bertempat di PINTU 1 ke Dataran Masjid Nabawi;


Jam Hotel...


Kami di bawa ke Dining Hall utk menikmati makan malam;... Letih ttpi teruja bila melihat Masjid Nabawi yg lebih krg 100 meter dari Hotel..


MASYAALLAH, kami datang Ya Rasululullah.... menziarahi MU Junjungan yg Mulia..


END for MADINAH siri 1

Manasik UMRAH June, 2012 (5 June -14 June, 2012)

... Aiman, Mama ada sebut bila Aiman dah berkhatan Mama akan lebih mudah untuk bawa Aiman pergi KAABAH.


Perjalanan kami 2 beranak bermula di sini: 20 Mei, 2012 ; Kami menyertai Kursus Umrah yg di anjurkan oleh Package kami iaitu HAJIUMRAH.COM.


Alhamdulillah melalui kursus yg memberi sedikit sebanyak pelajaran yg bukan baru tetapi sbg bekalan di Tanah Suci kelak...


Mengikut Jadual asal kami di jadualkan berangkat pd 26 Mei, 2012 - 7 June, 2012; hari pertama cuti sekolah dgn penerbangan Air Asia; Namun telah ditakdirkan ada kelewatan pada tarikh tersebut menjadikan tarikh baru iaitu 5 June, 2012 -14 June, 2012: 


Setiap UMRAH yang akan dilalui mempunyai bab-bab yang penuh cabaran, dugaan kecekalan, keceriaan, pengiktibaran dsbnya .Sudah semestinya kita memasang niat menghendaki UMRAH yang mabrur dan diterima diangkat oleh ALLAH bagi memberatkan timbangan AMAL kita di akhirat kelak. Wallahu aklam


Ia tidak terkecuali KAMI......


Hari Perlepasan 5 June, 2012


Sekitar jam 7.00pg kami berkumpul di LCCT; kami di jadual berlepas dgn penerbangan AIR ASIA terus ke JEDDAH pada kira-kira jam 11.00pg;




Di kaunter tiket dan Bagasi bg mendapatkan tiket 





Alhamdulillah; Tiket, Visa dan Pasport telah tersedia menandakan
kami telah ada ruang utk memulakan perjalanan ...




Anak kecil ini menurut ; bersedia utk berlepas;
walaupun lebih kurang tidak  berapa mengerti  perjalanan ini;
Inilah barang kami ; Beg Baju 2 dan Stroller utk stand by Aiman. 
Doakan kami ....'Ya Allah,
Permudahkan perjalanan kami pergi dan balik;
anugerahkan kami kesihatan dan mendapat UMRAH yg MABRUR' AMIN
Kami menghadiri taklimat terakhir sebelum berlepas ... sambil DOA Musafir di mulakan ;
'Ya Allah semuga perjalanan kami diberkati dan diredhai.' AMIN
Kira-kira jam 9.30pg, setelah selesai semua urusan kami bergerak ke Balai Perlepasan....


T 15; Balai Perlepasan bagi menaiki AIR ASIA.
Tepat Jam 11.30pg ; kami telah berada di dalam Kapal Terbang ; 


'Mama, kita nak pergi Mekahkan Ma'; jauh ke?; selalunya Mama akan membalas; 'Jauh Nak; Aiman tido, bangun, tido bangun belum sampai; 8jam 30 minit Nak; terkebil2 anak ini; macam faham tapi tak faham.....tak mengapa; satu pengalaman yg berharga utknya. 


hah didalam pesawat..
Tenang ..... kami memulakan perjalanan ; SURAH-SURAH ayat suci AL Qur'an
diperdengarkan sepanjang perjalanan kami ke JEDDAH.. Alhamdulillah


SEMUGA PERJALANAN INI DIBERKATI..AMIN


END for 5 June, 2012

Aiman's Birthday 27.03.2012

........Salam Anakku Aiman;

Birthday Aiman tahun ini disambut dgn 3 kali; sederhana ttpi meriah;


Pre Birthday : Drpd Auntie Liza; kami makan di KL Tower pd 25.03.2012
Bersama kawan-kawan tadika pd 26.03.2012;
27.03.2012 bersama Mama;


Thanks MAMA






Nih lah kek Birthday Aiman; Aiman minta Mama kek Padang Bola;
Terimakasih MAMA...
Nih Hadiah dari Auntie Liza; Model KL Tower & Twin  Tower ;
Aiman suka Hadiah ni...Thanks Auntie
MAMA yg Aiman sayang....
Auntie Liza yg Aiman hormati... Thanks Autie


MAMA pesan jadi Anak Soleh dan hormati orang yg lebih tua. InsyaAllah Mama; Doakan Aiman sentiasa....
1/2 lagi Aiman celebrate di rumah......dgn Mama
AIMAN dah 5 Tahun sekarang....
TERIMA KASIH MAMA.......
Anak yg kian tahun membesar.....Sesungguhnya pelaburan yg tidak ternilai adalah anak... melihat mereka gembira, mendidik mereka dengan sabar adalah tanggungjawab ibu bapa.


Coraklah ia; corak dengan INDAH, Bajailah ia dengan baja yg HALAL agar tumbesarannya menjadi tanah yang subur dan dapat memberi manafaat pada orang tua, masyarakat dan paling penting insan yg mempunyai MISI dalam kehidupan... INSYAALLAH

END

Wednesday, March 21, 2012

PENGALAMAN AIMAN BERKHATAN

....Aiman, Mama nak ke Mekah; InsyaAllah pada Mei, 2012 nih....Aiman nak ikut tak?", Ma ..Mekah tu apa?... Aiman nampak begitu excited;


Anak Mama kalau nak ikut kena berkhatan dulu....atau bersunat ...nak tak?,  Nak Ma, Aiman nak; sekarang jugak.


Jadi pada tarikh iaitu 17 Mac, 2012 ;  Aiman dan Mama telah pergi ke Klinik Pusrawi, 
Kajang...Berdebar2 Aiman tau...
Aiman gabra nih. Mama; kuat ke Aiman?
Kaunter Pendaftaran Pusrawi;
Kiri ada lift; kanan bilik surgery; Aiman di jangka akan di khatan
di bilik sebelah kanan.....
Haha; rupanya 17 Mac, 2012; nih Aiman rasa tak confident
lepas masuk bilik bedah tu; ada gunting , takutlah Ma... 
PINTU MASUK/KELUAR...
18 Mac, 2012... Aiman dah bersedia nampaknya....jadi Mama cakap tak sakit; Mama nih macam Mama yang tahu... Mama kata Mama nak suruh doktor bius Aiman; Aiman doa semua ok.

BISMILLAHIRRAHNIRRAHIM..... JENG-JENG

Dah siap;..Aiman masih tak berapa sedar....
Aiman nak balik rumah.. berehat; Alhamdulillah..

Aiman kena pakai kain batik yang Aiman panggil CADAR; Mama kata masa kecik2
Mama mmg pakai kain batik; sebab kain batik selalunya sejuk; dan selesa...
 tak pe tak kisah.. janji Aiman dah lepas saat-saat itu.
Haha; Aiman kuat...!

Hari ke dua.. Aiman rasa bertambah tenaga sedikit...tapi ada juga rasa sakit...
Mama Aiman tak nak bersunat lagi..

Aiman makan OREO dgn Susu...

Aunti Liza, nak bagi Pre Birthday gift kat KL TOWER week end..nih..Terima Kasih Auntie
Untuk kawan2; Rasalah pengalaman yg BEST..Huhu...Aiman dah sudah..Terimakasih MAMA..

END





Sunday, February 19, 2012

Bagan Lalang..18 Februari, 2012

...Aiman, jom kita pergi BAGAN LALANG esok..., " Aiman tahu Bagan Lalang adalah salah satu tempat yang sering dikunjungi Aiman dan Mama, semenjak kami tinggal di Sepang; Jarak perjalanan hanya kira-kira 40 Minit; Mama akan ke sana bagi merehatkan badan ;


Suasana di Bagan Lalang dari hari ke hari ada perubahan walaupun bukanlah yang terbaik; mengekalkan alam semulajadi seperti pantai, beberapa restoran makanan laut yang tidak kurang sedapnya.


Pada Sept, 2011, kami Bagang Lalang Palm Gold Coast, Sepang..yang berkongsi pantai Bagan Lalang... kami bertolak jam 10pg dan sampai kira-kira jam 10.40pg...




.. inilah hasil setelah 15 minit;Mama dan bibik... mendirikan khemah..
Mama  cakap boleh duduk2..
Di sini, tempat untuk mendirikan khemah masih lagi terpulang kepada masing-masing; luas sekiranya cuti sekolah memang akan penuh. Selain daripada itu terdapat juga beberapa kemudahan lain seperti kemudahan 
 a)  Bilik air dan bilik mandi; ada 2 tempat di awal masuk pantai dan di hujung pantai; ...harganya mandi dewasa Rm 0.80sen dan kanak-kanak Rm0.50 ; buang air seperti biasa Rm0.30; 
 b) Kemudahan SURAU juga ada disediakan ( 2 tempat sebagaimana kemudahan bilik air);
 c) Ada terdapat banyak kedai-kedai menjual peralatan pantai, layang-layang, baju mandi, boyou
 d) Tempat permainan ada juga disediakan...


SURAU dan Bilik Air..
...kehadiran bike kecil..untuk disewa sebagai aktiviti keliling pantai..

..Playground.. untuk anak-anak bermain.. kedudukannya
bertentangan SURAU..di bahagian penghujung Pantai..


Pandangan di hadapan Khemah kami.. Aiman tak sabar dah nak main Pantai...
Begitu tenang kejadian alam semulajadi... sungguh memberi satu inspirasi yang begitu unik...begitulah bagaimana Mama menghargai alam semulajadi....BEST..Usai, solat Aiman bermain di Playground .. dan kira-kira jam 4.00 petang kami pulang di BBST.. Keletihan Aiman.. 


Terimakasih MAMA...

Tuesday, February 7, 2012

Lagi...Koleksi BEN 10


... Aiman memang minat mengumpul barangan BEN 10.. , Semalam Mama belikan Aiman, JAM BEN 10 ; Aiman memang dah lama nakkan Jam tu... TERIMAKASIH Mama....

Nilah... JAM yg di maksudkan...

................... JAM.....

.... Ada JAM dan 6 BEN 10; yg muncul..iaitu 
CANNONBOLT, XLR8, FOUR ARMS, DIAMONDHEAD, WILDMUTT, HEATBLAST..

.... kesemua KOLEKSI yang Aiman ada sekarang.. CANTIKKAN.....

CANNONBOLT, XLR8, FOUR ARMS, DIAMONDHEAD, WILDMUTT, HEATBLAST


.... kereta dan KOMIK BEN 10..


....beg dan skuter..


......akhir sekali sepasang selipar BEN 10...menggantikan yang dulu dah tak boleh pakai...


...CANTIKK.... TAK...... 'DIAMOND HEAD'10




...... Baju BEN 10 Aiman....

.....end

Sehari di dusun Durian, Peserai, BP

.......... Nak tahu pada 24,25 dan 26hb Januari 2012 yang lalu, cuti sempena tahun baru cina, Aiman dan Mama balik kampung rumah kakak Mimi..


Rancangan kami untuk ke dusun Durian Mak Teh di Peserai, Batu Pahat. Dusun ini terletak kira2 10km daripada Bandar Batu Pahat..Setelah bersiap-siap, kamipun berangkat; Aiman, Mama dan Abg Uda. Sampai Tmn Merdeka, Mama ambil Abg Ibrahim dan Tok Mak sebab mereka perlu menunjuk Jalan nak ke dudun tersebut. Menurut Ayah Teh, durian sedang banyak pada waktu ini....


Pukul 11.00 pagi, kami sampai....wah...best; maacam bukan dusun Aiman tengok..

Ni... Pintu masuk; Gatenya berkunci.....

......kereta kami dah masuk ke dalam..wow..macam padang bola..mama kata macam halaman rumah;
"Ada sebuah pondok telah didirikan bersebelahan dengan pokok durian; Dusun ini berkeluasan 3 ekar; Menurut Tok Mak abg Ibrahim ia telah dibeli lebih kurang setahun yang lalu; daripada tuan punya terdahulu iaitu SIngaporean; "



 ...Aiman terjatuh sebaik saja melangkah keluar kereta... Jadi Aiman tak dapat ikut MAMA pungut durian.. tulah Mama kata excited sangat

... tu,... buah durian pertama yang dipungut MAMA




...Abg Ibrahim pungut durian yg terjatuh di luar Pagar sebelah....




Lepas tu... Mama meninjaulah apa pokok-pokok yang terdapat di dusun ini selain durian; pokok2 durian di sini memang masih muda.... selain tu...mari kita tengok...




.... Ada pokok Limau Bali...




.... Limau sambal




.... Manggis ....Mama kata dia teringat masa kecil di kampung aktiviti memetik Manggis memang meriah dan hasil jualannya akan dijadikan duit tambahan utk membeli peralatan sekolah seperti kasut dan beg baru sekolah....




.... pokok Pulasan yang mula berbuah...




.... Hasil dari pusingan pertama memungut durian...




...... wah..kami dapat memungut 30 biji buah durian pelbagai saiz; pada hari tersebut; dan bersedia utk memasukkan dalam guni untuk dibawa balik....




..... wah..best..sampai rumah apa lagi.. kamipun mengopek durian dan...yumpppp  makan...

................Best, betul Aiman dapat pengalaman baru......; harapan Aiman dapat sampai lagi di Dusun ini...  Terima kasih buat Ayah Teh, Mak Teh memperlawa Mama dan Aiman ke Dusun Durian tu..

BUAT MEREKA : Aiman rakan serangkap PANTUN sbg tanda terimakasih..

" Makan Durian di Dusun Mak Teh..
Rasanya sedap, tidak terkira..
Terima Kasih AIman ucapkan Ayah Teh
Jangan lupa ada rezeki kita jumpa...."

END-