Popular Posts

Sunday, June 24, 2012

MANASIK UMRAH JUNE 2012 (5 June 2012 -14 June, 2012) (sambungan)

... Hari seterusnya;


5 June, 2012; DI JEDDAH Airport;


Alhamdulillah, kami selamat mendarat di BUMI Anbiya' ini; Bumi Suci yg penuh barakah...


Mendarat di Terminal Hujjah Mekah; King Abdul Aziz; cuaca yg dingin dgn Suhu 34 darjah celcius; 


Aiman bersama Zhafir ; Senior yg bersama kami;
anak rakan sepejabat yg juga bersekali bersama ibunya.
Bersama Mama Zhafir...


Nampak ceria; sbb Aiman berselera makan di dalam pesawat; kami di sajikan makan tengahari dan kami sampai kira-kira jam 2.00tgh waktu tempatan; masih 5 June, 2012 kerana perbezaan waktu 5 jam kebebelakang; di mana waktu di Kuala Lumpur sepatutnya sekitar jam 8.00 malam.


Aiman masih bertenaga lagi dan masih ceria walaupun agak kelihatan letih...seronok dan pengalaman baru menyebabkan Aiman masih bertenaga.


Setelah hampir 3 jam kami di Airport; selesai urusan bagasi , kami mendapatkan BAS mutawwif yg akan membawa kami ke Madinatul Munawwarah; mengambil masa lebih kurang 4 hingga 6 jam perjalanan ; kami tiba di Madinah kira-kira jam 9 malam waktu tempatan;


Hotel kami adalah Hotel Malasi MANAZIL ; yang bertempat di PINTU 1 ke Dataran Masjid Nabawi;


Jam Hotel...


Kami di bawa ke Dining Hall utk menikmati makan malam;... Letih ttpi teruja bila melihat Masjid Nabawi yg lebih krg 100 meter dari Hotel..


MASYAALLAH, kami datang Ya Rasululullah.... menziarahi MU Junjungan yg Mulia..


END for MADINAH siri 1

No comments: