Popular Posts

Sunday, June 24, 2012

MANASIK UMRAH JUNE 2012 (5 June 2012 -14 June, 2012) (sambungan)

... Hari seterusnya;


5 June, 2012; DI JEDDAH Airport;


Alhamdulillah, kami selamat mendarat di BUMI Anbiya' ini; Bumi Suci yg penuh barakah...


Mendarat di Terminal Hujjah Mekah; King Abdul Aziz; cuaca yg dingin dgn Suhu 34 darjah celcius; 


Aiman bersama Zhafir ; Senior yg bersama kami;
anak rakan sepejabat yg juga bersekali bersama ibunya.
Bersama Mama Zhafir...


Nampak ceria; sbb Aiman berselera makan di dalam pesawat; kami di sajikan makan tengahari dan kami sampai kira-kira jam 2.00tgh waktu tempatan; masih 5 June, 2012 kerana perbezaan waktu 5 jam kebebelakang; di mana waktu di Kuala Lumpur sepatutnya sekitar jam 8.00 malam.


Aiman masih bertenaga lagi dan masih ceria walaupun agak kelihatan letih...seronok dan pengalaman baru menyebabkan Aiman masih bertenaga.


Setelah hampir 3 jam kami di Airport; selesai urusan bagasi , kami mendapatkan BAS mutawwif yg akan membawa kami ke Madinatul Munawwarah; mengambil masa lebih kurang 4 hingga 6 jam perjalanan ; kami tiba di Madinah kira-kira jam 9 malam waktu tempatan;


Hotel kami adalah Hotel Malasi MANAZIL ; yang bertempat di PINTU 1 ke Dataran Masjid Nabawi;


Jam Hotel...


Kami di bawa ke Dining Hall utk menikmati makan malam;... Letih ttpi teruja bila melihat Masjid Nabawi yg lebih krg 100 meter dari Hotel..


MASYAALLAH, kami datang Ya Rasululullah.... menziarahi MU Junjungan yg Mulia..


END for MADINAH siri 1

Manasik UMRAH June, 2012 (5 June -14 June, 2012)

... Aiman, Mama ada sebut bila Aiman dah berkhatan Mama akan lebih mudah untuk bawa Aiman pergi KAABAH.


Perjalanan kami 2 beranak bermula di sini: 20 Mei, 2012 ; Kami menyertai Kursus Umrah yg di anjurkan oleh Package kami iaitu HAJIUMRAH.COM.


Alhamdulillah melalui kursus yg memberi sedikit sebanyak pelajaran yg bukan baru tetapi sbg bekalan di Tanah Suci kelak...


Mengikut Jadual asal kami di jadualkan berangkat pd 26 Mei, 2012 - 7 June, 2012; hari pertama cuti sekolah dgn penerbangan Air Asia; Namun telah ditakdirkan ada kelewatan pada tarikh tersebut menjadikan tarikh baru iaitu 5 June, 2012 -14 June, 2012: 


Setiap UMRAH yang akan dilalui mempunyai bab-bab yang penuh cabaran, dugaan kecekalan, keceriaan, pengiktibaran dsbnya .Sudah semestinya kita memasang niat menghendaki UMRAH yang mabrur dan diterima diangkat oleh ALLAH bagi memberatkan timbangan AMAL kita di akhirat kelak. Wallahu aklam


Ia tidak terkecuali KAMI......


Hari Perlepasan 5 June, 2012


Sekitar jam 7.00pg kami berkumpul di LCCT; kami di jadual berlepas dgn penerbangan AIR ASIA terus ke JEDDAH pada kira-kira jam 11.00pg;




Di kaunter tiket dan Bagasi bg mendapatkan tiket 





Alhamdulillah; Tiket, Visa dan Pasport telah tersedia menandakan
kami telah ada ruang utk memulakan perjalanan ...




Anak kecil ini menurut ; bersedia utk berlepas;
walaupun lebih kurang tidak  berapa mengerti  perjalanan ini;
Inilah barang kami ; Beg Baju 2 dan Stroller utk stand by Aiman. 
Doakan kami ....'Ya Allah,
Permudahkan perjalanan kami pergi dan balik;
anugerahkan kami kesihatan dan mendapat UMRAH yg MABRUR' AMIN
Kami menghadiri taklimat terakhir sebelum berlepas ... sambil DOA Musafir di mulakan ;
'Ya Allah semuga perjalanan kami diberkati dan diredhai.' AMIN
Kira-kira jam 9.30pg, setelah selesai semua urusan kami bergerak ke Balai Perlepasan....


T 15; Balai Perlepasan bagi menaiki AIR ASIA.
Tepat Jam 11.30pg ; kami telah berada di dalam Kapal Terbang ; 


'Mama, kita nak pergi Mekahkan Ma'; jauh ke?; selalunya Mama akan membalas; 'Jauh Nak; Aiman tido, bangun, tido bangun belum sampai; 8jam 30 minit Nak; terkebil2 anak ini; macam faham tapi tak faham.....tak mengapa; satu pengalaman yg berharga utknya. 


hah didalam pesawat..
Tenang ..... kami memulakan perjalanan ; SURAH-SURAH ayat suci AL Qur'an
diperdengarkan sepanjang perjalanan kami ke JEDDAH.. Alhamdulillah


SEMUGA PERJALANAN INI DIBERKATI..AMIN


END for 5 June, 2012

Aiman's Birthday 27.03.2012

........Salam Anakku Aiman;

Birthday Aiman tahun ini disambut dgn 3 kali; sederhana ttpi meriah;


Pre Birthday : Drpd Auntie Liza; kami makan di KL Tower pd 25.03.2012
Bersama kawan-kawan tadika pd 26.03.2012;
27.03.2012 bersama Mama;


Thanks MAMA






Nih lah kek Birthday Aiman; Aiman minta Mama kek Padang Bola;
Terimakasih MAMA...
Nih Hadiah dari Auntie Liza; Model KL Tower & Twin  Tower ;
Aiman suka Hadiah ni...Thanks Auntie
MAMA yg Aiman sayang....
Auntie Liza yg Aiman hormati... Thanks Autie


MAMA pesan jadi Anak Soleh dan hormati orang yg lebih tua. InsyaAllah Mama; Doakan Aiman sentiasa....
1/2 lagi Aiman celebrate di rumah......dgn Mama
AIMAN dah 5 Tahun sekarang....
TERIMA KASIH MAMA.......
Anak yg kian tahun membesar.....Sesungguhnya pelaburan yg tidak ternilai adalah anak... melihat mereka gembira, mendidik mereka dengan sabar adalah tanggungjawab ibu bapa.


Coraklah ia; corak dengan INDAH, Bajailah ia dengan baja yg HALAL agar tumbesarannya menjadi tanah yang subur dan dapat memberi manafaat pada orang tua, masyarakat dan paling penting insan yg mempunyai MISI dalam kehidupan... INSYAALLAH

END