Popular Posts

Monday, June 1, 2009

Aiman At Putrajaya, 24 May, 2009

....Tgk ni, aiman dapat..emmm best nye, pandai tak aiman,, Mama?
Nanti aiman nak tgk apa yang ada lagi....ok,
Begitulah gelagat Aiman...mesti nak tahu apa-apa aje.....ttg sekelilingnye..seorang kanak-kanak yang cerdik dan periang.. gelagatnya boleh membuatkan mamanye tak kering gusi ... Semuga Aiman menjadi Anak yang soleh....InsyaAllah








Friday, May 22, 2009

22 May, 2009


Aiman,.....Hari ni..hari yang paling bermakna untuk Aiman dan bagi Mama... Mama amat bersyukur kepada Allah..Aiman, Mama doakan Aiman jadi anak yang soleh...Semuga Allah makbulkan doa Mama..

Friday, May 15, 2009

Aiman makin cerdik

Last 2 week, Mama dan Aiman pegi mane tau...pegi Bukit Merah, Aiman sekarang mandi nak mandi dalam swimming orang dewasa..tak nak orang pegang dia..nasibla ada pelampung..kalau tak susah nak manage dia. Nantilah Mama upload gambar dia..

Aiman, ....last week Mama ajak Aiman pegi Muzium Kesenian Islam.. tgk indahnye Islam, Al Quran sebagai mukjizat.. menakjubkan..nak ambik gambar tak boleh.. ada beberapa keping je.. ok nanti Mama upload.. tunggu.. next post

BYE...

Sunday, April 26, 2009

Aiman dah 2 tahun 2 bulan hari ni

Aiman, Dah 2 bulan Mama tak tulis untuk Aiman, Mama agak sibuk ..... tak pe Mama bahagia tengok Aiman membesar di hadapan mata Mama dengan sihat.. Hari2 bersama Aiman tidak pernah membosankan.. walaupun kadang2 amat menguji kesabaran..untuk mendidik Aiman menjadi insan kamil amat memerlukan pengorbanan.... Hari ni..Aiman telah boleh membilang, telah boleh menyebut Alif, Ba, Ta....

Aiman membuatkan Mama bersemangat untuk hidup walaupun tanpa lelaki yang bernama suami...., tanpa lelaki yang di panggil Baba...

Mama mesti kuat untuk melihat Aiman menjadi insan yang sempurna.. kuat melawan arus kehidupan yang penuh ranjau dan duri...

Tidak mengapa nak..hari ni kita bersusah2 demi sebuah kehidupan yang sementara ini....
ANAKKU... Mama berdoa semuga hidup kita tenang dan bahagia.. tenang untuk sujud padaNYA..dalam setiap noktah kehidupan..

Saturday, March 28, 2009

Happy Birthday Aiman

Aiman Anakku....

Hari ni, Aiman genap 2 tahun...
Mama nak pesan dengan Aiman sesuatu...

Aiman,

Jadilah anak yang berguna..
Pada Agama, Bangsa dan Negara..
Anak yang elok budipekertinya..
Taat perintah Allah..
Patuh dan sentiasa hormati setiap manusia.. tua atau muda

Nak.. Usia kita adalah satu pengiraan Nombor-nombor..
Jadilah anak yang cerdik aqal dan fikiran..
Boleh memimpin menjadi Khalifah,..

Nak..sekiranya MAMA menutup mata..
Mama nak melihat anak MAMA ini..
Jadi anak yang berguna..

Mama, ajar kamu dengan perkataan LAILA HAILLALLAH..
Agar kamu mengenal yang ESA..
Mengenal siapa penciptamu..
Mengenal siapa yang meminjamkan mu..usia itu..

Anakku..Janganlah alpa dengan kehidupan dan gurau senda dunia..
Yang hanya sementara ini...
Yang akan di tinggalkan..
Cari dunia untuk bekalan akhirat...

Nak... ingin MAMA bisikkan.. salam kasih sayang untukmu..
Ketahui bahawa kehadiranmu..
memberi seribu ketenangan buat MAMA..

Selamat.. MAMA ucapkan.. semuga hidupmu mendapat keberkatan..
Terima kasih kerana memberi MAMA sedikit kebahagian..
Walaupun hanya sementara..

AIMAN, Anakku...

Friday, March 13, 2009

Aiman baru lepas solat



Aiman baru lepas solat..... alhamdulillah ....

Aiman, klu azan suara nyaring...pelat2 sikit...

lagi 2 minggu nak 2 tahun..tarikh yg paling penting dalam hidup Aiman dan Mama dia....

Aiman, anak mama... hari ini aiman ada mama.. esok lusa kita tak tahu apa akan berlaku ..oleh itu Aiman perlu kuat..sekuat para mujahidin apabila berjuang di medan perang....

Jangan cepat terpedaya, dan perlu ada keyakinan..Nak.. dlm keadaan apa sekalipun susah, senang kerana itu semua pemberian tuhan yg sementara...Hidup perlu jelas matlamat... berkasih sayang perlu ada batas, perlu ikhlas dalam setiap perhubungan..., bercakap biar betul..jangan suka berbohong kerana dari sifat tersebut engkau telah meletakkan dirimu pada serendah2 martabat yang bergelar makhluk tuhan.. Ingat Nak.. Tika Allah hendak menjadikan manusia.. iblis engkar kecuali malaikat yg sujud pada Adam...; Manusia adalah sebaik2 makhluk yg Allah jadikan..Maka jadilah manusia yang benar2 Allah kehendaki... sentiasalah belajar memperbaiki diri... kerana disekelilingmu ada 2 jalan; Jalan yang Allah redai dan sebaliknya.. ; Allah sambung lagi dlm firmannya... Maka beruntunglah orang memilih Jalan yg Aku redhai dan rugilah bagi orang yang memilih sebaliknya.. AMIN..

Monday, March 2, 2009

Sajak Buat Aiman

Anakku.....,
Sedari kecil engkau dibelai, tawamu, tangismu menjadi lagu di setiap lena dan sepiku.. Mama cuba untuk membahagiakanmu.. Doa tulus sentiasa mengiringi senyum dan tangismu..

Anakku Aiman,.......
Tanganmu ku pimpin, salah dan silapmu ku tegur, agar dewasamu menjadi anak yang berguna....

Anakku Aiman,.....
Kasih sayang yang luhur Mama hulurkan... muga, dengannya dirimu akan menjadi anak yang berguna... Membalas keluhuran dengan sejujurnya....

Mama mengajar berbicara, mengajar erti hidup yang sebenar, kerana didalam kehidupan terdapat liku dan ranjau yang mencabar....Engkau terlalu kerdil untuk memahaminya..

ANAKKU..
Doakan Mamamu,....sentiasa kuat, tabah menghadapi ujian Allah.. Sekiranya Mama pergi menutup mata...Mama tinggalkan Al Quran Dan Assunah sebagai peganganmu seumur hidup..Agar kau tegar..dan tabah menghadapinya...AIMAN, anakku..