Popular Posts

Monday, December 12, 2011

Sweet Memories 19 Nov, - 28Nov, 2011 (Siri Terakhir)

...28hb November, 2011....Pejam celik... sampai ke penghujung; Mama kata Ayah Uda sekeluarga akan makan malam dulu sebelum kami bertolak ke KLIA; 


Menurut Mama lagi, penerbangan Ayah Uda ke Scotland dari KUL  ke Edinburg mengambil masa 16 jam kerana mereka menaiki KLM dan transit di Amsterdam...; Jadinya awal2 lagi Aiman dah sedia; semua akan berkumpul di rumah Aiman sebab rumah kami yang terdekat ke Lapangan Terbang, KLIA


Jam 7.30mlm, Ayah Uda dan keluarga sampai dari Puchong, terus berkemas2 ;bagi memastikan semua beg dan barangan yang perlu di bawa di isi dalam bagasi. Mama kata Mama nak hadiahkan 2 buah buku pada Ayah Uda sempena harijadi Ayah Uda pada 17 Nov, 2011 lalu. Mama hadiahkan kain batik pada Mak Uda dan Sis Marion juga Pashima yang Mama beli dari Brunei sbg buah tangan utk di bawa balik.......




Menu malam tu adalah : Gulai lemak pucuk ubi kampung, Ikan Siakap stim BBST , Sayur campur ala thai, Udang goreng salut KFC, Ayam goreng Rempah resepi nenek,telur pindang Sarawak ,  Nasi Putih dan Ayer Cocktail rindu-rinduan, ;


 Alhamdulillah lega Mama. ...semuanya menjilat jari... Ayah Uda cakap itu lauk favourite dia masa kecil (Gulai Lemak Pucuk Ubi); 




.... nampak berselera mereka ; kecuali Mak Uda.. dah nak balik kena cirit birit pulak...

Usai makan, masing2 lepak sambil kamipun ambik kesempatan ambil gambar; Mama kata nak cuci gambar ni nanti sebagai kenangan....


... semua ada; best betul..tak tahu bila lagi kami bertemu begini...
semuga Allah pjgkan umur dan sihat utk kami berkumpul kembali di bwh 
lindungan dan hidayah Allah..Amin


... Mama 5 beradik yang hadir masa Ayah Uda nak balik...

Mama cakap jam 9.30mlm kami boleh berangkat ke KLIA; setelah bagasi di isi di perut kereta kami memulakan perjalanan...masing2 semua ambil peranan; sebelum memulakan perjalanan sempat kami beramai2 menitipkan DOA yang diketuai oleh Ayah Tam untuk keselamatan Ayah Uda sekeluarga; maklumlah Mama cakap perjalanan mereka jauh;minta dipermudahkan..muga2 Allah lindungi dan beri mereka hidayahNYA. Amin

Sampai di Level 5; Departure; AYah Uda sekeluarga ke kaunter G utk check in...Alhamdulillah urusan di permudahkan...


.... sebelum berangkat... sekali lagi mereka berposing..


... Mama dan Aiman dengan Ayah Uda, Mak Uda , 
Abg Adie dan Sis Maho.. sebelum berlepas..Sadis


... SAYONARA.. bertemu dan berpisah adat manusia biasa; Mama kata Mama bersyukur dapat memberikan perkhidmatan kepada Ayah Uda sepanjang berada di MALAYSIA... Esok2 tak tahulah lagi... Aiman sentiasa doakan semua selamat; barang apa2 yang kekurangan MAMA dan AIMAN bagi pihak MAMA mohon maaf pada seluruh Ahli Keluarga MAMA... 

PANJANG UMUR KITA JUMPA LAGI 
BUAT AYAH UDA SEKELUARGA ini serangkap pantun dari AIMAN..

" Mudik ke hulu mencari barang
Sampai di muara, bertemu Pak ALI
Hujan Emas di negeri Orang 
manakan sama di negeri sendiri"

END of SIRI TERAKHIR

Sunday, December 11, 2011

Sweet Memories 19 Nov - 28 Nov 2011 Siri 3

....Hari ke enam dan seterusnya.... Mama bawak Uda & Family ke rumah Ayah Cu.. ni Aiman ikut sebab Mama kata nak pergi Rumah Mak Tam & Ayah Tam; dapat Aiman jumpa Abg Nabih..best2,


sebelum balik tu .. kenangan ler.. rumah Ayah Cu....

.......pas tu... bertolak ke Chenor, masa 2 jam dalam perjalanan. lebih kurang jam 9.30 pagi dari Ampang, Ukay Perdana..sampai dalam kul 12.00tgh..mmg waktu tgh; perutpun mmg lapar; 

MENU tgh ; LAKSA JOHOR; ikan patin, ikan siakap 3 rasa, wah sotong goreng berlada; sup sayur , buahah campur pas tu minum petang sagu gula merah (lupa Aiman nak rakamkan).

waw mmg sedap. Mak Tam mmg pandai masak.. tapi Mama pandai jugak; tapi jarang masak sebab bibik ada; lagipun kami selalu makan simple2 je. Mama kata DIET..

Dah nak balik kami ambil gambar buat kenangan;


Di sisi rumah Mak Tam, Ayah Tam.....Aiman macam nak terasa buang air pulak tu...
Kenangan 2011

....sampai KL balik pukul 7.30 mlm; Ayah Uda dan family check in di Grand Season; untuk ke Majlis Perkahwinan esoknya di Restoran Melayu Tasik Titiwangsa.; Ayah Uda dan Mak Uda adah GUEST of HONOUR; kena duduk kat Main table. TEMA adalah BATIK; 

Setelah bersiap-siap, Mama dan Aimanpun bertolak ke Hotel dari Sepang ; sampai2 mereka telah siap;
Wah cantik belaka; AYah Uda dengan baju batiknya, Mak Uda dengan baju kebayanya; ABg Adie dengan Quilt Scotnya; Sis Maho dengan baju kebaya labuh labuci; MAMA dan Aimanpun berbaju batiklah juga;


....Aiman...

.... Mak Uda dan Ayah Uda...
.... tu, Abg Adie dgn Sis Maho...mereka di temuduga MC pada hari tu; alah kata Mama MC tu popular kat TV; Ricthie Rachman....mengenai pengenalan dengan Pengantin..


.... MAIN TABLE,... Ayah Uda dan MakUda selaku ibu dan bapa Angkat Pengantin; semasa Pengantin belajar di Scotland; 

...Pas majlis; Mama dan Aiman hantar Ayah Uda dgn family ke rumah Ayah Cik pulak; mereka bermalam di sana sbb Ayah Uda nak main golf esoknya; Malamnya kami makan Beraini; tak puas makan masa kenduri; tempat yang jadi pilihan adalah JM BERAINI House di BANGI


................, Aiman tak nampak sebelah AYah Uda, best makan nasi beraini ni..
.baru puas; Alhamdulillah

MAMA dan Aiman tinggal Ayah Uda dan Family...di LAKE HOME VIEW

END Siri ke 3

Sunday, December 4, 2011

Sweet Memories ; 19 Nov,2011-28 Nov, 2011 SIRI 2

...23 November, 2011, Hari keempat; Usai breakfast kami memulakan perjalanan ke beberapa destinasi ke Selatan; 
         1] Ke Melaka; singgah di sekitar Menara Taming Sari - Makan Tengahari
         2] Bakri, Muar ; tanah perkuburan Islam - Rumah Emak dan Abah (kubur)
         3] Muar, rumah kampung - tempat kelahiran kami
         4] Batu Pahat ; Rumah Mak Ngah , destinasi terakhir...



..... breakfast LONTONG ; tgk Mak Uda tu makan saje 
macam dah biasa pulak.


... Kami berhenti di Melaka untuk makan tengahari...apa MENUnya ; ASAM PEDAS melaka; air kedondong asam boi, cendol, watermelon dan milo ais; berselera betul mereka ; walaupun agak pedas...... kalau ikut Abg Adie , dia mmg suka dtg Malaysia sbb makanan yang beranika...; di sana susah sedikit mereka nak dapat; mereka byk makan roti..


selepas tu kami berjalan di Pusat KRAFT Melaka Walk. ... apa lagi, Sis Maho, tgk baju yang mengerlip tu.. dia berkenan dgn sepasang baju kebaya labuci berwarna purple nak di pakai masa Wedding nanti... Mak Uda beli satu baju kebaya NYONYA... 

Selepas zohor, kami memulakan perjalanan ke Muar, singgah di kubur Emak dan Abah; AL FATIHAH buat mereka; Ayah Udapun rasa lega dapat menziarahi kubur mrk walaupun seketika; Alhamdulillah..

Kemudian kami pusing2 sekitar bandar Muar berhenti pekena MEE BANDUNG MUAR; best jugak....dan kemudian ke kampung tempat kelahiran,


... keadaan rumah yang usang; namun meninggalkan 
kenangan yang tak mungkin kami lupakan sama-sama di lahirkan dan dibesarkan di tmpt ini....


.... kami sampai rumah Mak Ngah jam 7.00mlm; selesai 
maghrib kami makan malam..tgk lah Mak Uda, dan sis Maho; tak kekok makan pakai tangan.


Kami bermalam di rumah Mak Ngah;.....mereka merasa suasana kampung.. sejuk dan sungguh menyamankan...

-END Siri 2

Sweet Memories- 19 Nov, 2011 - 28 Nov, 2011- SIRI 1

...Pada 19 Nov, 2011 - 28 Nov, 2011, ...Mama Aiman sibuk sebab Ayah Uda dan keluarga dari Scotland balik bercuti; Ayah Uda nak kenalkan bakal menantu dia; jadi Mama adik beradik berkumpul ; wah Mama memang nampak sibuk, sebab kena jadi driver Ayah Uda; Aiman tinggal kat rumah, kadang ikut.. Bukan apa, Mama kata, nak jalankan tanggungjawab nak buat yang terbaik.... Kesian Mama, semuga usaha Mama, Allah beri ganjaran dan semuanya berpuashati; Mama telah mengambil cuti seminggu.

Mama sewa homestay kat dgn rumah, Mama kata supaya senang sedikit Mama nak mengulang dan sume adik beradik dapat berjumpa, Malam terakhir Mama masakkan gulai pucuk ubi untuk Ayah Uda.. sebelum bertolak balik ke Scotland;

19 November, 2011 - 10.00 mlm selepas landing di KLIA



.... Alhamdulillah, adik beradik Mama (ayah cu, ayah cik, Mak Tam ) sekeluarga  semua meluangkan masa untuk bersama-sama menyambut Ayah Uda sekeluarga dari KLIA, pas tu Mama semua pergi makan malam kat restoran Thai yang berhampiran... Aiman tumpang gembira , kerana keletihan Aiman tertidur.. WAH SEMUA BERSELERA nampaknye..


.... itulah keluarga Ayah Uda.. Mak Uda (namanya MARION ; berbangsa Scotish, ) anak tunggal Ayah Uda (Abg Adrian-seorang DENTIST) , sebelah Mak Uda bakal menantu dia; (MAHO; berbangsa Jepun juga seorg DENTIST); 

Sedikit latarbelakang Ayah Uda; Menurut Mama, Ayah Uda telah berhijrah ke Scotland selama lebih kurang 37 tahun yang lalu. Berkahwin dengan Scotish ; Mak Uda sejak 1978; kemudian menetap di Kickaldy Fife, sebuah bandar yang tidak besar di Scotland; 45 minit perjalanan ke Edinburg; MAMA dah ke sana, masa mula menjejaki Ayah Uda 1999 yang lalu...semenjak dari itu mereka tidak putus ... Ayah Uda semenjak dari itu telah beberapa kali pulang ke Malaysia menziarahi kami adik beradik....mempunyai seorang anak sahaja dan sekarang seorg DENTIST di salah sebuah Hospital di tempat mereka tinggal... itulah serba sedikit cerita dari MAMA

Hari ke 2; 


... dalam train ke KLCC; mrk nak cari batik..utk Wedding ..


... Abg Adie dan Sis Maho..sempatlah pulak mrk berposing..


...Ayah Uda dan Mak Uda..

Hari ke Empat; Mama kata nak pergi rumah Mak Ngah; Aiman tak ikut.... mlm semalam Ayah Mak Teh anak beranak sampai dari MIRI;..... pack betul jadual Ayah Uda kali ni... walaubagaimanpun semuga MAMA dapat handle....

END SIRI 1-


Appreciation Nite -Annual Dinner Company

....17 November, 2011 lalu Mama diraikan dalam satu makan malam Syarikat, sebagai tanda terimakasih kepada semua staff; kat salah satu tempat di Shah Alam; tema kali ni tema warna; semua lah berposing malam tu... termasuklah Mama Aiman; biasanya sebenarnya...



.... tgk tu sume cantik2 belaka..Mama (yang tepi sekali yang oren sume) dan officemates serta boss baru Mama; yang mana eh..
 salah satu di antaranya...
MC malam tu adalah SHAHIRAH & NABIL.. aduh lawak tak kering gusi... 'label colour tema"


sempatlah juga ambik hidangan ni punye gambar...yang kosong tu kira yang paling sedaplah... sebab paling cepat habis; dah le tu..kami bertiga je satu meja..aduh tak terpehabislah jadinya...tapi sedap...


... tgk tu berapa coursenye... walaubagaimanapun terimakasih kepada Syarikat MAMA tu..semuga murah rezeki, tahun hadapan berjumpa lagi di dinner macam ni.

END-

Aidil Adha di Kampung 2011

.....Bila tgk entri Aidil Adha; Aiman balik kampung tahun lepas; teringat Mama Aiman pada Aidil Adha 2011; dulu Aiman dan Mama balik dari Bukit Jalil; tahun nih, Aiman dan Mama balik dari BBST; masa berlalu amat pantas; Cuma tahun nih, Mama ada rezeki untuk buat Qurban untuk sebahagian; InsyaAllah, Mama kata nak buat setiap tahun ;Aiman doa Mama dimurahkan rezeki

Inilah pengalaman Aiman yang pertama tengok Lembu disembelih ; best juga .... Aiman nak share macamana Lembu tu di sembelih;

...ni lah lembu yang menjadi pilihan nak diqurbankan; Mama kata lembu ni 
beruntung dipilih antara banyak2 lembu..ia akan menjadi tunggangan kita nanti....Aimanpun tak faham sangat...apa maksudnya..nanti Aiman dah besar Aiman akan selidiki...apa maksudnya..


....tengok tu..mereka cuba untuk menumbangkan lembu tu...susah jugak Aiman tengok...
tapi seronok juga kerjasama mereka ..di antara orang-orang kampung yang sukarela untuk majlis qur ban nih.. di adakan di salah satu kampung Pak Ngah...

....tu dah sedia dah nak masuk syurga...


.... BISMALLAH HI ALLAHUAKBAR..... Aiman nampak cam lembu 
tu mengeluarkan air mata..je..



....lembu sedang dilapah.....untuk dibahagi2kan..kata Mama; seekor lembu sama dengan 7 bahagian tidak kira lelaki perempuan..kalau kambing kena seekor seorang...binatang yang dibolehkan untuk Qurban pula mestilah yang berkaki empat dan yang halalkan Agama Islam...ooooh ,,baru Aiman tahu..


...last..mestilah Aiman dan Mama ..kat rumah yang mengetuai Qurban tu....

Alhamdulillah...satu pengalaman berharga buat Aiman...walaupun seusia begini..terimakasih MAMA kerana beri Aiman peluang ini...

-END-

Kenangan Sept 2011/Syawal 1432

.........Disember kian menjelang, sedar tak sedar dah 7 Muharram 1433; 28 hari lagi 2012 akan menjelang ; walau bagaimanapun Mama Aiman nak masuk juga entri ni kenangan2 Syawal;

Mula-mula tu macam nak beraya di BBST saje; bila malam 29 Ramadhan, terus buat keputusan nak ke Batu Pahat beraya rumah Mak Ngah Aiman; mama nak bertolak 1 Syawal; lepas solat raya; mama kata nak ke kubur Mak Tok dan Pak Tok ; Bila balik kampung sekarang nih , Mama memang tak lupa singgah ke kubur mereka; kata Mama kita kena ambik peluang yang ada sebelum peluang tu tidak ada untuk kita; Mama Aiman memang macam tu ,selalu buat kejutan...walaubagaimanapun terima kasih MAMA..yang amat memahami..

Teringat Aiman satu pesanan dari Mama; GUNAKAN LAH PELUANG KEHIDUPAN INI;

MASA LAPANG SEBELUM SIBUK
MASA MUDA SEBELUM TUA
MASA SIHAT SEBELUM SAKIT
MASA KAYA SEBELUM MISKIN...............
Dan antara kenangannya ..............


...........Minggu ke 2; beraya di Temerloh....Mak Tam, Mama, K Mimi dan Aiman...


Ni masa Aiman nak balik beraya di Batu Pahat, Rumah Mak Ngah, Pak Ngah,
 K. Shima dan K. Mimi..semua ceria..best betul....balik kampung ,Aiman suka suasana kampung...Raya 1,2 dan ke 3...


....Aiman nak selit juga...ni lauk raya kami, Bibik dan Mama dah masak dari malam raya, lepas kami pergi berbuka di masjid dan solat serta bertakbir penutup Ramadhan,... sedih rasa nak tinggalkan Ramadhan yang penuh dengan kenangan; tahun nih Alhamdulillah, kami berbuka dan solat tarawih di Masjid2 sekitar BBST.... best....pengalaman yang indah. Semuga puasa kami diterima dan dihitung sebagai puasa yang mendapat ganjaran kepada amalan kami...InsyaAllah

AMIN.