Popular Posts

Sunday, December 4, 2011

Sweet Memories ; 19 Nov,2011-28 Nov, 2011 SIRI 2

...23 November, 2011, Hari keempat; Usai breakfast kami memulakan perjalanan ke beberapa destinasi ke Selatan; 
         1] Ke Melaka; singgah di sekitar Menara Taming Sari - Makan Tengahari
         2] Bakri, Muar ; tanah perkuburan Islam - Rumah Emak dan Abah (kubur)
         3] Muar, rumah kampung - tempat kelahiran kami
         4] Batu Pahat ; Rumah Mak Ngah , destinasi terakhir...



..... breakfast LONTONG ; tgk Mak Uda tu makan saje 
macam dah biasa pulak.


... Kami berhenti di Melaka untuk makan tengahari...apa MENUnya ; ASAM PEDAS melaka; air kedondong asam boi, cendol, watermelon dan milo ais; berselera betul mereka ; walaupun agak pedas...... kalau ikut Abg Adie , dia mmg suka dtg Malaysia sbb makanan yang beranika...; di sana susah sedikit mereka nak dapat; mereka byk makan roti..


selepas tu kami berjalan di Pusat KRAFT Melaka Walk. ... apa lagi, Sis Maho, tgk baju yang mengerlip tu.. dia berkenan dgn sepasang baju kebaya labuci berwarna purple nak di pakai masa Wedding nanti... Mak Uda beli satu baju kebaya NYONYA... 

Selepas zohor, kami memulakan perjalanan ke Muar, singgah di kubur Emak dan Abah; AL FATIHAH buat mereka; Ayah Udapun rasa lega dapat menziarahi kubur mrk walaupun seketika; Alhamdulillah..

Kemudian kami pusing2 sekitar bandar Muar berhenti pekena MEE BANDUNG MUAR; best jugak....dan kemudian ke kampung tempat kelahiran,


... keadaan rumah yang usang; namun meninggalkan 
kenangan yang tak mungkin kami lupakan sama-sama di lahirkan dan dibesarkan di tmpt ini....


.... kami sampai rumah Mak Ngah jam 7.00mlm; selesai 
maghrib kami makan malam..tgk lah Mak Uda, dan sis Maho; tak kekok makan pakai tangan.


Kami bermalam di rumah Mak Ngah;.....mereka merasa suasana kampung.. sejuk dan sungguh menyamankan...

-END Siri 2

No comments: