Popular Posts

Sunday, December 4, 2011

Sweet Memories- 19 Nov, 2011 - 28 Nov, 2011- SIRI 1

...Pada 19 Nov, 2011 - 28 Nov, 2011, ...Mama Aiman sibuk sebab Ayah Uda dan keluarga dari Scotland balik bercuti; Ayah Uda nak kenalkan bakal menantu dia; jadi Mama adik beradik berkumpul ; wah Mama memang nampak sibuk, sebab kena jadi driver Ayah Uda; Aiman tinggal kat rumah, kadang ikut.. Bukan apa, Mama kata, nak jalankan tanggungjawab nak buat yang terbaik.... Kesian Mama, semuga usaha Mama, Allah beri ganjaran dan semuanya berpuashati; Mama telah mengambil cuti seminggu.

Mama sewa homestay kat dgn rumah, Mama kata supaya senang sedikit Mama nak mengulang dan sume adik beradik dapat berjumpa, Malam terakhir Mama masakkan gulai pucuk ubi untuk Ayah Uda.. sebelum bertolak balik ke Scotland;

19 November, 2011 - 10.00 mlm selepas landing di KLIA



.... Alhamdulillah, adik beradik Mama (ayah cu, ayah cik, Mak Tam ) sekeluarga  semua meluangkan masa untuk bersama-sama menyambut Ayah Uda sekeluarga dari KLIA, pas tu Mama semua pergi makan malam kat restoran Thai yang berhampiran... Aiman tumpang gembira , kerana keletihan Aiman tertidur.. WAH SEMUA BERSELERA nampaknye..


.... itulah keluarga Ayah Uda.. Mak Uda (namanya MARION ; berbangsa Scotish, ) anak tunggal Ayah Uda (Abg Adrian-seorang DENTIST) , sebelah Mak Uda bakal menantu dia; (MAHO; berbangsa Jepun juga seorg DENTIST); 

Sedikit latarbelakang Ayah Uda; Menurut Mama, Ayah Uda telah berhijrah ke Scotland selama lebih kurang 37 tahun yang lalu. Berkahwin dengan Scotish ; Mak Uda sejak 1978; kemudian menetap di Kickaldy Fife, sebuah bandar yang tidak besar di Scotland; 45 minit perjalanan ke Edinburg; MAMA dah ke sana, masa mula menjejaki Ayah Uda 1999 yang lalu...semenjak dari itu mereka tidak putus ... Ayah Uda semenjak dari itu telah beberapa kali pulang ke Malaysia menziarahi kami adik beradik....mempunyai seorang anak sahaja dan sekarang seorg DENTIST di salah sebuah Hospital di tempat mereka tinggal... itulah serba sedikit cerita dari MAMA

Hari ke 2; 


... dalam train ke KLCC; mrk nak cari batik..utk Wedding ..


... Abg Adie dan Sis Maho..sempatlah pulak mrk berposing..


...Ayah Uda dan Mak Uda..

Hari ke Empat; Mama kata nak pergi rumah Mak Ngah; Aiman tak ikut.... mlm semalam Ayah Mak Teh anak beranak sampai dari MIRI;..... pack betul jadual Ayah Uda kali ni... walaubagaimanpun semuga MAMA dapat handle....

END SIRI 1-


No comments: